73 lulusan KIM diraikan dalam satu majlis konvokesyen
Anugerah khas juga disampaikan kepada para penuntut paling cemerlang dalam jurusan masing-masing
SINGAPURA: Seramai 73 penerima ijazah, diploma dan sijil pengajian diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Kolej Islam Muhammadiyah (KIM), hari ini (5 Ogos).
Antara mereka merupakan para penerima Sarjana Muda dan diploma dari jurusan Syariah Islamiah serta Sijil Pengajian Islam dan juga Bahasa Arab.
Turut hadir ialah Duta Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad Saleh AlSaleh.
Selain itu, anugerah khas juga disampaikan kepada para penuntut paling cemerlang dalam jurusan masing-masing.
Salah seorangnya ialah Cik Sarimah Itnin, pemegang diploma dalam bidang Syariah Islamiah.
Menurut ibu kepada dua orang anak itu, kursus yang beliau jalani selama tiga tahun banyak membantunya dalam memahami agama Islam dari pelbagai sudut dan perspektif.
"Bagi saya secara holistik, bukan sahaja dari segi ilmu, tetapi juga dalam kepimpinan, pensyarah kepada kami, cara pemikiran. Salah satu manfaat yang sangat baik sekali adalah cara pengajian. Ia membuka minda kami kerana ia mengajar kami tentang perbezaan pandangan mahzab, ulama," kata Cik Sarimah, penerima Diploma Syariah Islamiah, KIM.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.