Skip to main content

Singapura

73 amaran bertulis dikeluarkan sejak 1 Jun kepada yang gagal kembalikan dulang, pinggan mangkuk

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 73 amaran bertulis dikeluarkan kepada para pelanggan dalam tempoh seminggu sejak bermulanya penguatkuasaan yang dipertingkat terhadap mereka yang tidak memulangkan dulang dan pinggan mangkuk, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (9 Jun).

Sepanjang minggu lalu, operasi penguatkuasaan dijalankan setiap hari di 95 pusat penjaja dan 120 kedai kopi atau pusat makanan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama.

Tindakan penguatkuasaan dipertingkat pada 1 Jun terhadap pelanggan di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan yang gagal memulangkan dulang dan pinggan mangkuk. Sejak 7 Jun, 73 amaran bertulis dikeluarkan.

"Setiap individu yang diberikan amaran bertulis diperhatikan pegawai penguatkuasaan berada dalam keadaan sihat secara fizikal untuk membersihkan meja mereka," menurut NEA dan SFA.

Agensi-agensi itu menambah bahawa penguatkuasaan tidak akan dikenakan terhadap mereka yang diperhatikan tidak mampu membersihkan meja mereka, seperti warga tua yang lemah, golongan kurang upaya atau kanak-kanak.

Tiada denda dikenakan antara 1 dengan 7 Jun kerana tiada pesalah berulang.

Pihak berkuasa mengingatkan para pelanggan supaya tidak meninggalkan sampah, seperti tisu terpakai, tin minuman, kulit dan tulang, namun untuk memulangkannya sekali bersama dulang dan pinggan mangkuk yang digunakan.

Di bawah penguatkuasaan yang dipertingkat itu, pesalah kali pertama akan diberikan amaran bertulis, manakala pesalah berulang akan dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.

Sebelum langkah-langah penguatkuasaan lebih keras dimulakan, pegawai penguat kuasa hanya akan mengeluarkan amaran bertulis kepada inidvidu yang enggan mendengar nasihat untuk memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka.

Peraturan untuk memulangkan dulang dan pinggan mangkuk sudah ditetapkan sejak 1 September 2021 bagi pusat penjaja dan 1 Januari bagi kedai kopi dan pusat makanan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita