71 pesalah didenda sejak 2019 kerana tawar penginapan jangka pendek secara haram di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Seramai 71 pesalah didenda sejak 2019 kerana menyediakan penginapan jangka pendek di Singapura, dedah pihak berkuasa pada Rabu (3 Jul).
Daripada jumlah tersebut, 64 daripada mereka didenda kerana menawarkan penginapan sedemikian di hartanah privet, manakala baki tujuh pesalah didenda kerana menawarkan penyewaan jangka pendek di flat HDB.
Demikian menurut HDB dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam jawapan bersama pada Rabu, sebagai respons kepada pertanyaan media.
15 individu lain dibawa ke mahkamah dan didakwa kerana menawarkan penginapan jangka pendek di hartanah privet.
Di bawah undang-undang, penyewaan hartanah privet kurang daripada tiga bulan dan flat HDB kurang daripada enam bulan tidak dibenarkan.
Bulan lalu, Mediacorp menemui lebih daripada 15 iklan Airbnb di Singapura yang menawarkan penginapan jangka pendek. Sejumlah tuan rumah menawarkan penginapan dua atau tiga malam di unit kondominium dan flat HDB.
Sejumlah unit tersebut sudah ditawarkan selama beberapa bulan, dengan salah satu daripadanya mempunyai puluhan ulasan daripada pelanggan.

HDB dan URA pada Rabu menyatakan: "Iklan di platform online mungkin menandakan sejumlah hartanah sedang disalah guna."
Kedua-dua agensi tersebut akan terus menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kes-kes yang melanggar undang-undang, dan memantau iklan di platform online.
Orang awam boleh melaporkan kes penginapan jangka pendek dengan menghubungi talian HDB di 1800-555-6370 atau memberi maklum balas di laman web URA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.