7,000 kursus layak guna tokokan kredit S$4,000 SkillsFuture
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP
SINGAPURA: Sekitar 7,000 kursus bersasar untuk memenuhi keperluan industri dan pekerjaan layak bagi penggunaan kredit baharu SkillsFuture untuk golongan pertengahan kerjaya.
Semasa membentangkan kenyataan Belanjawan bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan bahawa rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas akan menerima tokokan S$4,000 pada Mei.
Rakyat lebih muda Singapura pula akan menerima jumlah yang sama apabila mereka mencapai usia 40 tahun.
Semua 7,000 kursus itu termasuk program-program kelayakan penuh yang ditawarkan oleh institusi-institusi yang dibiayai Kementerian Pendidikan (MOE), dari Nitec, Nitec Lanjutan, diploma, ijazah hingga ijazah sarjana serta modul-modul yang ke arah kelayakan penuh itu, menurut MOE dalam satu kenyataan media bersama dengan SkillsFuture Singapore.
Kredit tersebut juga boleh digunakan bagi mendapatkan kelayakan penuh bersubsidi MOE dari Universiti Seni Singapura dan institusi-institusi seni lain seperti Akademi Seni Halus Nanyang dan Kolej Seni Lasalle.
Program peralihan kerjaya SkillsFuture, kursus celik membaca dan mengira di tempat kerja serta kursus-kursus yang memenuhi syarat latihan bagi sektor Model Gaji Progresif - seperti pembersihan, keselamatan dan runcit - juga layak.
Semua 7,000 kursus tersebut ada objektif pembangunan tenaga manusia "yang amat jelas" yang membawa kesan nyata ke atas kerjaya seseorang, menurut MOE. Kursus-kursus yang layak akan dinyatakan di portal MySkillsFuture mulai 1 Mei.
Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas yang sudah lebih lama meninggalkan bangku sekolah memerlukan lebih banyak sokongan bagi meningkatkan kemahiran, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing di Parlimen pada Jumaat (1 Mac).
"Ramai dalam golongan ini akur pentingnya pembelajaran sepanjang hayat dan mahu membina kerjaya berdaya tahan menerusi peningkatan kemahiran dan menimba kemahiran baharu," tambah beliau.
"Sungguhpun demikian, disebabkan kekangan kewangan dan komitmen lain, yuran kursus dan kemungkinan kehilangan pendapatan semasa menjalani latihan sepenuh masa menghambat mereka."
Skim SkillsFuture menyediakan kredit untuk pekerja menjalani latihan semula atau menimba kemahiran baharu dengan mengambil kursus. Semua rakyat Singapura berusia 25 tahun dan ke atas menerima kredit S$500 pada 2015 apabila program itu dilancarkan.
Pada 2020, mereka yang berusia 40 tahun hingga 60 tahun menerima tokokan lagi S$500. Kredit itu bakal luput pada 31 Disember 2025. Namun langkah itu ditarik balik dan digabungkan dengan kredit baharu S$4,000 tahun ini.
Kira-kira satu daripada setiap tiga rakyat Singapura sudah menggunakan kredit SkillsFuture mereka. Hampir 40 peratus rakyat Singapura dalam lingkungan usia 30-an sudah menggunakan kredit awal S$500, berbanding 25 peratus mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, menurut MOE.
Setiap tahun, kira-kira setengah juta pekerja mengikuti kursus yang disokong SkillsFuture, tambah MOE.
Pemerintah dijangka membelanjakan tambahan S$100 juta setiap tahun untuk rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas meningkatkan kemahiran dan menimba kemahiran baharu. Ini selain subsidi yuran kursus yang diterima bagi kursus yang dibiayai SkillsFuture, menurut MOE.
LEBIH BANYAK SUBSIDI BAGI PEKERJA PERTENGAHAN KERJAYA
Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas juga akan menerima subsidi untuk mengikuti diploma sepenuh masa di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi seni mulai tahun akademik 2025.
Ini bermakna walaupun selepas tamat pengajian dari sesebuah institusi pengajian tinggi semasa muda, rakyat Singapura boleh kembali selepas berusia 40 tahun untuk mengikuti diploma sepenuh masa - pada kadar bersubsidi.
Buat masa ini, rakyat Singapura boleh mengikuti beberapa diploma sambilan dan program posdiploma bersubsidi. Namun mereka yang sudah menerima subsidi atau tajaan pemerintah bagi diploma atau kelayakan lebih tinggi tidak layak bagi subsidi kelayakan diploma sepenuh masa.
Kredit SkillsFuture berjumlah S$4,000 itu boleh digunakan dengan Subsidi Dipertingkat Pertengahan Kerjaya, yang menawarkan subsidi sehingga 90 peratus yuran kursus bagi program MOE atau yang dibiayai SkillsFuture untuk rakyat Singapura 40 tahun dan ke atas.
ELAUN BULANAN LATIHAN
Mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa tertentu juga akan menerima elaun bulanan latihan sama dengan 50 peratus purata pendapatan mereka dalam tempoh 12 bulan terakhir, dihadkan kepada S$3,000 sebulan.
Ini bermakna jika seseorang tidak mempunyai sebarang pendapatan pada tahun sebelumnya, mereka tidak layak bagi elaun latihan.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.