70% siswazah SIT sudah dapat kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua pertiga siswazah Institut Teknologi Singapura (SIT) tahun ini sudah mendapat pekerjaan.
Menurut tinjauan yang dijalankan, jumlahnya melonjak kepada lebih 90 peratus bagi siswazah jurusan kejuruteraan, teknologi infokom dan jagaan kesihatan.
Berucap semasa upacara penyampaian ijazah pada Khamis (13 Okt), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menarik perhatian, siswazah program Kesihatan Bersekutu SIT akan terus menikmati masa depan pekerjaan yang cerah.
Encik Wong berkata siswazah dalam industri yang bertumbuh rancak, di mana kemajuan teknologi mendorong perubahan dapat mengubah cara pesakit diperiksa dan dirawat.
"Dengan kecerdasan buatan (AI), teknologi, protokol rawatan baru, banyak perkara akan terus berubah. Dan ini semua bermakna, siswazah hari ini akan berupaya untuk terus memberikan mutu jagaan lebih baik," kata Encik Wong.
Bagaimanapun tambah beliau ia juga bermakna mereka perlu terus mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru melakukan pelbagai perkara sepanjang kerjaya mereka.
"Saya harap anda semua akan memupuk cara pemikiran yang melibatkan pembelajaran berterusan dan mengikuti perkembangan terbaru mengenai kemahiran-kemahiran serta pengetahuan terkini yang diperlukan untuk melakukan tugas anda dengan baik," ujarnya.

Sumber : CNA/ZM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.