Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70% pemilik rumah warga emas terima hingga S$200,000 di bawah Skim Beli Balik Pajakan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Feb 2023 04:53PM Dikemas Kini : 12 Feb 2023 09:43PM
SINGAPURA: Sekitar tujuh daripada 10 pemilik rumah warga emas menerima antara S$100,000 dengan S$200,000 apabila menjual sebahagian daripada baki tempoh pajakan flat mereka kepada HDB di bawah Skim Beli Balik Pajakan (LBS).

Malah hampir 70 peratus daripada mereka juga mendapat wang tunai selepas menokok Jumlah Persaraan Asas mereka.

Sejauh ini, sekitar 9,700 pemilik flat sudah memanfaatkan LBS sejak ia dilancarkan pada 2009.

Hampir 70 peratus daripada mereka mendapat wang tunai selepas menokok akaun persaraan mereka dalam Jumlah Persaraan Asas.

Satu lagi pilihan untuk pesara adalah flat Fleksi dua bilik di mana warga emas boleh memilih untuk membelinya dengan tempoh pajakan lebih singkat.

Daripada 33,000 unit yang ditempah sejak flat jenis itu diperkenalkan, hampir 60 peratus adalah golongan warga emas.

Lebih 90 peratus daripada mereka membayar harga lebih rendah kerana memilih tempoh pajakan lebih pendek, iaitu antara 15 dengan 45 tahun.

Warga emas yang membeli flat Fleksi dua bilik juga boleh memohon Bonus Perumahaan untuk Warga Emas bagi menambah pendapatan persaraan mereka.

HDB menyatakan bagi menyediakan warga emas dengan lebih banyak pilihan perumahan pihaknya akan terus melancarkan projek BTO dengan flat Fleksi dua bilik di merata negara.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan