70% kambing SalamSG Korban habis ditempah, tinggal 3 hari untuk buat tempahan
SINGAPURA: Tinggal kurang 600 kambing SalamSG Korban untuk ditempah sebelum pendaftaran ditutup pada Sabtu (8 Jun).
Jumlah itu adalah kira-kira 30 peratus daripada kambing yang ditawarkan tahun ini.
Bagi kambing biri-biri pula, hampir 50 peratus stok kambing biri-biri yang tinggal.
Lebih 2,300 kambing biri-biri sudah dijual setakat hari ini (5 Jun).
Dalam perkembangan terkini, MUIS juga memaklumkan bahawa masih lagi terdapat slot bagi tempahan lembu.
Hanya tinggal kurang 30 peratus untuk ditempah.
Sejauh ini, sekitar 63 lembu (keseluruhan) sudah dijual.
Bagi lembu, sohibul korban boleh memilih untuk menempah bagi sepertujuh bahagian lembu atau keseluruhan haiwan itu.
Setakat ini, 445 tempahan bagi sepertujuh bahagian lembu sudah diterima, menurut MUIS.
"Setakat hari ini, 2,329 kambing biri-biri, 1,337 kambing dan 63 lembu (keseluruhan) sudah dijual. Ini bermakna lebih 70 peratus stok kambing yang sudah dijual, dengan hampir 50 peratus stok kambing biri-biri yang tinggal. Sohibul korban boleh jangkakan proses yang berjalan lancar dan bekalan daging korban yang bermutu yang lebih daripada cukup," menurut MUIS dalam jawapan bertulis kepada BERITA Mediacorp.
Para Sohibul korban boleh menerima daging korban mereka mulai 21 Jun iaitu selepas hari-hari Tasyrik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.