Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70% kakitangan Parkway Pantai sudah mohon dapatkan vaksin COVID-19

Seramai 70 peratus kakitangan Parkway Pantai sudah memohon untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2021 09:29PM Dikemas Kini : 09 Jan 2021 09:36PM

SINGAPURA: Seramai 70 peratus kakitangan Parkway Pantai sudah memohon untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pengendali Hospital Gleneagles dan Mount Elizabeth itu berharap untuk meningkatkan jumlahnya kepada 90 peratus sepanjang beberapa minggu mendatang.

Selain Parkway Pantai, Hospital Mount Alvernia dan Hospital Farrer Park antara hospital dalam sektor jagaan kesihatan privet yang memulakan suntikan vaksin untuk kakitangan mereka hari ini (9 Jan).

Pasukan kepimpinan Kumpulan Parkway Pantai dan para doktor penyakit berjangkit menjadi antara 50 kakitangan pertama mendapatkan suntikan Pfizer-BioNTech mereka.

"Saya rasa ini akan menggalak para kakitangan kami yang lain untuk mengambil vaksin mereka. Tidak dapat dielakkan, akan ada segelintir dari mereka yang bimbang. Jadi kita ingin cuba hapuskan tanggapan bahawa vaksin adalah merbahaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Divisyen Operasi Singapura, Parkway Pantai, Dr Prem Kumar Nair.

Pada minggu-minggu mendatang, kumpulan itu berharap seramai 7,200 kakitangan dan penyedia kesihatannya di semua empat hospital dan 40 klinik penjagaan utama dan perkhidmatan sampingan akan mendapatkan perlindungan.

Ia juga sedang memperhalusi prosesnya bagi mengurangkan pembaziran kerana vaksin perlu digunakan dalam masa enam jam selepas dicairkan.

Bagi Cik Nursyahidah Abdul Rahim, antara jururawat yang mendapatkan vaksin itu, ia memberinya lebih banyak keyakinan untuk menjalankan tugas sehariannya kerana tidak tahu bila dia akan berhubungan dengan pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

"Jadi sebagai jurulatih jururawat dan pendidik jururawat, saya bersama-sama dengan jururawat ini di kawasan klinikal untuk membuat prosedur bersama mereka dan juga mempunyai risiko di situ untuk bertemu pesakit-pesakit yang berpotensi menghidapi COVID-19.

"Jadi dengan suntikan vaksin ini, ia membantu memberi keyakinan bagi diri saya untuk melakukan tugas seharian," kata Pendidik Jururawat Hospital Mount Elizabeth Novena, Nursyahidah Abdul Rahim.

Meskipun risikonya sangat rendah, hospital itu bersedia menghadapi sebarang keadaan kecemasan.

Di samping menjaga kesejahteraan kakitangannya, Dr Prem berkata kumpulan itu berharap dapat menyumbang kepada usaha vaksinasi seluruh negara apabila ia dilancarkan kepada orang ramai. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan