70 aduan dibuat berhubung penipuan peras ugut emel sejak September: Polis
Sekitar 70 laporan polis dibuat sejak September oleh mangsa-mangsa yang diperas ugut pihak penipu yang mendakwa kononnya mempunyai rakaman skrin menunjukkan mangsa menonton bahan lucah, menurut pihak polis.
(Gambar: Reuters/Kacper Pempel)
SINGAPURA: Sekitar 70 laporan polis dibuat sejak September oleh mangsa-mangsa yang diperas ugut pihak penipu yang mendakwa kononnya mempunyai rakaman skrin menunjukkan mangsa menonton bahan lucah, menurut pihak polis.
Para mangsa melaporkan menerima emel dari akaun yang tidak dikenali atau mirip akaun mereka sendiri, menurut polis dalam satu catatan Facebook pada Isnin (31 Dis).
Pihak penipu selalunya akan mendakwa mempunyai petikan skrin menunjukkan mangsa menonton bahan lucah dan mengugut untuk mendedahkan kelakukan mereka kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka melainkan mereka membuat bayaran Bitcoin.
Dalam beberapa kes, mangsa diberitahu komputer mereka dijangkiti perisian hasad yang memantau aktiviti online mereka.
Dalam kes lain pula, pihak penipu mendakwa mempunyai kata kunci akaun emel mereka atau telah mendapatkan butiran kenalan mereka menerusi wadah rangkaian sosial seolah-olah ancaman mereka itu sahih.
Polis menasihatkan orang awam agar tidak mematuhi sebarang arahan untuk membuat bayaran, serta menutup kamera komputer mereka apabila ia tidak digunakan bagi melindungi privasi mereka.
Langkah-langkah lain termasuk mengemaskini kawalan keselamatan komputer dan peranti mudah alih mereka dan mengupayakan Pengesahan Dua-Faktor (2FA) pada akaun emel mereka jika ia ditawarkan oleh penyedia khidmat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.