7 tadika baru MOE akan dibuka pada 2023
Tujuh tadika baru Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka pada 2023, menurut kementerian itu pada Sabtu (22 Ogos).
SINGAPURA: Tujuh tadika baru Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka pada 2023, menurut kementerian itu pada Sabtu (22 Ogos).
Ketujuh-tujuh tadika itu akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah. Dengan sekitar 120 tempat ditawarkan bagi peringkat Tadika 1 (K1) di setiap tadika baru, sebanyak 7,200 tempat K1 akan disediakan oleh 50 tadika MOE yang akan beroperasi menjelang 2023.
Menurut kementerian itu, terdapat rancangan untuk menambah jumlah tadikanya. "Ia adalah sebahagian daripada rancangan kami untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 60 tadika MOE menjelang 2025 bagi menawarkan lebih banyak pilihan prasekolah yang bermutu dan dimampui kepada para ibu bapa," dedah MOE.
Tujuh tadika baru itu adalah:
Tadika MOE @ Yishun (Sekolah Rendah Yishun, 500 Yishun Ring Road, Singapura 768679)
Tadika MOE @ Alexandra (Sekolah Rendah Alexandra, 2A Prince Charles Crescent, Singapura 159016)
MOE Kindergarten @ Bendemeer (Sekolah Rendah Bendemeer, 91 Bendemeer Road, Singapura 339948)
Tadika MOE @ Fengshan (Sekolah Rendah Fengshan, 307 Bedok North Road, Singapura 469680)
Tadika MOE @ Temasek (Sekolah Rendah Temasek, 501 Bedok South Avenue 3, Singapura 469300)
Tadika MOE @ Princess Elizabeth (Sekolah Rendah Princess Elizabeth, 30 Bukit Batok West Avenue 3, Singapura 659163)
Tadika MOE @ Shuqun (Sekolah Rendah Shuqun, 8 Jurong West Street 51, Singapura 649332)
Ketujuh-tujuh tadika baru itu akan bekerjasama dengan Early Years Centre, yang dikendalikan oleh PCF Sparkletots, untuk menawarkan khidmat jagaan tadika.
Semua kanak-kanak Tadika 2 rakyat Singapura dan Penduduk Tetap yang layak mendaftar di Early Years Centre akan ditawarkan tempat K1 dengan rakan tadika MOE yang terletak berdekatan.
Tempat-tempat juga akan ditawarkan kepada kanak-kanak yang bukan dari Early Years Centre.
Pendaftaran K1 bagi 2023 untuk ketujuh-tujuh tadika baru MOE itu akan diadakan pada Februari 2022. Pendaftaran akan dibuka kepada kanak-kanak rakyat tempatan dan Penduduk Tetap Singapura yang dilahirkan antara 2 Januari 2018 dengan 1 Januari 2019.
Butiran pendaftaran akan didedahkan pada awal 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.