Skip to main content

Singapura

7 stesen MRT papar karya seniman tempatan sempena Majlis Seni SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jan 2024 08:51PM Dikemas Kini : 08 Jan 2024 08:53PM
SINGAPURA: Tujuh stesen MRT Singapura akan menampilkan karya-karya seniman tempatan, sempena Minggu Seni Singapura.

Ia sebahagian daripada usaha Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mendekatkan seni kepada masyarakat.

Sekiranya anda menaiki MRT di Laluan Timur Laut (NEL) misalnya, anda akan melihat kata-kata mutiara yang sering anda dengar daripada ibu bapa atau mungkin datuk nenek.

Karya tersebut melibatkan empat seniman dan 30 penduduk dari kawasan Tampines Changkat untuk menciptanya.

Para seniman berharap, karya mereka dapat mencetuskan renungan buat seketika.

Sebahagian daripada kerjasama selama tiga tahun, NAC dan LTA akan mengubah lebih banyak ruang awam menggunakan seni.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita