Skip to main content

Singapura

7 stesen MRT Laluan Thomson-East Coast pamer karya seni, warisan kawasan tertentu

Anggaran Waktu Membaca:
7 stesen MRT Laluan Thomson-East Coast pamer karya seni, warisan kawasan tertentu

Laluan Thomson-East Coast. (Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA))

SINGAPURA: Sambil menaiki MRT, para penumpang boleh menyusuri karya-karya seni dan juga sekelumit warisan Singapura.

Ini apabila tujuh stesen MRT Laluan Thomson-East Coast mula beroperasi pada 23 Jun nanti.

Inisiatif tersebut sebahagian daripada program Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) iaitu 'Seni dalam Perjalanan'.

Di stesen-stesen MRT Katong Park, Tanjong Rhu dan Bayshore misalnya, para penumpang berpeluang mempelajari tentang sejarah dan warisan kawasan itu.

Karya seni di setiap stesen itu dihasilkan oleh pelukis-pelukis yang berbeza.

Kesemua pelukis tersebut sudah mula menghasilkan karya mereka sejak 2017 lagi.

Artis visual Moses Tan yang karyanya dipamerkan di stesen Marine Terrace, berharap karyanya akan membantu orang ramai menghargai pelbagai budaya dan keluarga daripada generasi berbeza.

"Akhirnya, ia bukan sahaja sejarah negara, namun ia adalah sejarah mengenai pelbagai orang, mereka yang berada di sini," kata Encik Tan.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita