Skip to main content

Singapura

7 stesen Laluan Utara-Selatan ditutup awal, dibuka lewat bulan depan

Tujuh stesen MRT dari Khatib hingga Novena, akan ditutup lebih awal dan dibuka lewat pada beberapa hari Mei ini bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan di Laluan Utara-Selatan (NSL), demikian diumumkan pengendali kereta api SMRT hari ini (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
7 stesen Laluan Utara-Selatan ditutup awal, dibuka lewat bulan depan

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 19 Apr 2018 08:30PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 08:40PM

SINGAPURA: Tujuh stesen MRT dari Khatib hingga Novena, akan ditutup lebih awal dan dibuka lewat pada beberapa hari Mei ini bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan di Laluan Utara-Selatan (NSL), demikian diumumkan pengendali kereta api SMRT hari ini (19 Apr).

Dalam satu kenyataan media, SMRT menyatakan stesen-stesen tersebut akan ditutup lebih awal setiap Jumaat dan Sabtu, pada 11.00 malam dan dibuka 8.00 pagi setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan depan.

Related article image

Kereta api biasanya beroperasi dari 5.30 pagi hingga kira-kira tengah malam setiap hari.

Waktu operasi lebih singkat itu akan memberi lebih banyak masa bagi pasukan kejuruteraan untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan serta mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan di sepanjang landasan di NSL, menurut pengendali kereta api itu.

SMRT selanjutnya menyatakan bahawa semasa tempoh penutupan yang dijadualkan itu, para penumpang masih boleh menaiki MRT di NSL dari stesen Jurong East hingga Yishun dan antara stesen Newton dengan Marina South Pier.  

Related article image
Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita