Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 stesen baharu MRT di Laluan Thomson-East Coast mula beroperasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jun 2024 07:55PM Dikemas Kini : 23 Jun 2024 09:27PM
SINGAPURA: Tujuh stesen MRT baharu di Laluan Thomson-East Coast (TEL) secara rasmi mula bekhidmat kepada orang ramai pada Ahad (23 Jun).

Kesemuanya terletak di daerah timur - dari Bayshore ke Tanjong Rhu.

Bermakna, 27 daripada 32 stesen TEL kini sudah beroperasi.

Dengan pembukaan stesen-stesen baharu TEL itu, para penumpang boleh menjimatkan masa apabila melakukan perjalanan dari Marine Parade ke Shenton Way, dengan waktu perjalanan dikurangkan hingga separuh.

Fasa kelima TEL akan selesai menjelang 2026.

Ini termasuk stesen MRT Bedok South dan Sungei Bedok.

Seorang pelajar antara yang pertama menaiki kereta api dari stesen Bayshore.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya itu, Chong Zu Heng berkata: "Sangat teruja untuk menaiki kereta api pertama.

"Akhirnya, ia siap berkhidmat untuk semua orang di Marine Parade, di sini. Kami akan dapat akses kepada lebih banyak kawasan di Singapura melalui TEL," ujarnya.

Sementara itu, sekitar 250 penduduk Woodlands menaiki kereta api bermula dari stesen Woodlands, kemudian merentasi tujuh stesen baharu itu ke stesen Bayshore bagi menghadiri satu acara kemasyarakatan.

Mereka turut disertai para Anggota Parlimen bagi GRC Sembawang.

"Sekarang apabila ia kini dilanjutkan ke hujung bahagian timur, saya fikir ia membuka akses kepada lebih banyak kemudahan rekreasi, sama ada pantai di East Coast serta akses ke tempat-tempat kerja," kata Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.

"Seperti taman perindustrian di bahagian timur, malah juga Lapangan Terbang Changi. Kami mempunyai sejumlah penduduk yang bekerja untuk ICA di Lapangan Terbang Changi," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan