Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 pusat beli-belah termasuk VivoCity, Lucky Plaza, Mustafa Centre, Paya Lebar Square & Wheelock Place dikunjungi kes COVID-19

Tujuh pusat beli-belah ditambah ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (7 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
7 pusat beli-belah termasuk VivoCity, Lucky Plaza, Mustafa Centre, Paya Lebar Square & Wheelock Place dikunjungi kes COVID-19

(Gambar: Facebook/VivoCity Singapore, Google Street View, Calvin Oh)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 11:46PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 11:50PM

SINGAPURA: Tujuh pusat beli-belah ditambah ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (7 Sep).

Pusat beli-belah itu termasuk VivoCity, Lucky Plaza, AMK Hub, Mustafa Centre, E!Hub @ Downtown East, Paya Lebar Square dan Wheelock Place.

Bangunan ICA dan Taman Di Pesisiran juga masuk senarai tersebut.

Tempat-tempat baru itu adalah seperti berikut:

(Rajah: MOH)

Mereka yang dikenal pasti sebagai orang yang berhubung rapat dengan kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH, menurut kementerian itu.

Sebagi langkah berjaga-jaga, tambah MOH, mereka yang berada di tempat-tempat itu pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi untuk 14 hari selepas mengunjungi tempat-tempat tersebut.

"Mereka patut berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan maklumkan kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan," menurut MOH.

Tiada keperluan untuk mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19, tambah MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan mendapatkan pihak pengurusan di premis yang terjejas untuk menyediakan garis pandu tentang pembersihan dan pembasmian kuman.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan