7 projek jagaan kesihatan diiktiraf anugerah inovasi kebangsaan
Tujuh projek dipilih bagi menerima Anugerah Inovasi dan Produktiviti Jagaan Kesihatan Kebangsaan.
SINGAPURA: Tujuh projek dipilih bagi menerima Anugerah Inovasi dan Produktiviti Jagaan Kesihatan Kebangsaan.
Salah satunya sistem pengurusan jumlah katil serta pergerakan pesakit di sesebuah hospital semasa pandemik COVID-19.
Sistem Perintah, Kawalan dan Komunikasi (C3) yang dilaksanakan di Hospital Tan Tock Seng Disember lalu menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu operasi.
Dengan adanya sistem C3 yang mendapat Pingat Juara Kecemerlangan, menurut TTSH, hanya dua orang sahaja yang diperlukan bagi setiap syif kerja.
Di Hospital Besar Singapura (SGH) pula, sekumpulan pakar pemakanan dan fisioterapi menghasilkan satu program untuk menilai kesihatan pesakit tua yang uzur sebelum dibedah.
Program tersebut memenangi Pingat Amalan Terbaik dalam Rekaan Semula Jagaan.
Sebelum ini, hanya pesakit uzur berusia 65 tahun dan ke atas yang akan menjalani pembedahan besar boleh memilih untuk menyertai program tersebut.
Namun tahun ini, hospital tersebut menawarkan program itu kepada semua warga tua yang uzur yang akan menjalani pembedahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.