Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 prasekolah lancar program perintis sokong kanak-kanak keperluan khas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2023 06:24PM Dikemas Kini : 27 Mar 2023 11:26PM

SINGAPURA: Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas tidak lagi perlu berulang-alik antara prasekolah dengan pusat pencegahan awal.

Ini selepas satu program perintis dijalankan di tujuh prasekolah yang menyediakan kedua-dua khidmat berkenaan.

Program tersebut sedang dikaji bagi kemungkinan diperluaskan lagi.

Namun demikian Presiden Halimah Yacob akur bahawa masih ada beberapa cabaran.

"Saya faham cabarannya, anda perlu melatih guru. Anda perlu ada kurikulum yang sesuai. Anda perlu bangunkan sistem sokongan yang baik bagi guru dan pendidik. Ini akan mengambil masa," kata Presiden Halimah semasa melakukan lawatan ke sebuah prasekolah yang menjalankan program perintis itu.

Di prasekolah tersebut, setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya dua kakitangan terlatih untuk menangani kanak-kanak berkeperluan khas.

Ini termasuk kanak-kanak yang mempunyai gangguan kurang daya  tumpuan atau masalah lambat bercakap.

Ciri-ciri seperti penanda visual dan bilik deria juga membantu berinteraksi dengan murid serta menyokong emosi mereka agar dapat memberikan tumpuan di dalam bilik darjah.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan