7 pekerja hijrahan diiktiraf bantu pemandu dalam insiden tanah jerlus Tanjong Katong
Tujuh pekerja hijrahan yang membantu untuk menyelamatkan seorang pemandu kereta yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Tanjong Katong pada Sabtu (26 Jul) diberikan tanda penghargaan pada lewat petang Ahad (27 Jul) atas usaha mereka.
Menteri Negara Tenaga Kerja Dinesh Vasu Dash bertemu dan berinteraksi dengan para pekerja hijrahan di dormitori mereka pada 27 Julai 2025. (Gambar: Facebook/Dinesh Vasu Dash)
Pekerja-pekerja itu - Encik Pitchai Udaiyappan Subbiah, Encik Velmurugan, Encik Saravanan, Encik Veerasekar, Encik Ajithkumar, Encik Chandrisekaran, dan Encik Rajendran - menerima "syiling Ace MOM" dari Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
Mediacorp sudah pun menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi mendapatkan nama penuh enam pekerja hijrahan itu dan lebih banyak maklumat mengenai syiling tersebut.
Dalam video yang dimuat naik ke Facebook, Encik Dinesh berkata beliau bertemu dengan para pekerja itu di dormitori mereka selepas mereka selesai bekerja.
Encik Dinesh berkata beberapa pekerja bekerja lembur apabila beliau datang untuk bertemu dengan mereka.
Namun beliau menambah pertemuan mereka sangat bermakna kerana beliau berkesempatan memberikan syiling itu sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.
"Saya rasa ia adalah contoh yang sangat baik tentang bagaimana pekerja hijrahan kita membantu masyarakat kita secara am," kata Encik Dinesh.
"Mereka bukan sahaja bekerja di tapak-tapak binaan dan bantu membangunkan Singapura, terutama sekali dalam sektor binaan, tetapi mereka juga tampil dan menonjolkan nilai mereka apabila tiba masa untuk mereka melakukan demikian."
Encik Dinesh menambah pemberian tanda penghargaan itu adalah usaha untuk mengiktiraf para pekerja hijrahan yang, walaupun berada jauh dari tanah air masing-masing, tetap memberi sumbangan bermakna kepada Singapura dan mahu tampil ke hadapan menghulurkan bantuan.
"Setiap seorang daripada mereka tampil dengan cara tersendiri bagi membantu wanita itu yang berada dalam keadaan memerlukan, di mana akan berlaku situasi sebaliknya jika mereka tidak berbuat demikian."
Beliau juga menulis dalam catatannya bahawa beliau "berterima kasih" atas sumbangan para pekerja itu bukan sahaja terhadap pembangunan Singapura tetapi juga atas "banyak sumbangan mereka yang tidak mengharapkan sebarang balasan dan membantu menjadikan Singapura sebuah masyarakat yang baik budi".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.