Skip to main content

Singapura

7 lelaki diberkas kerana jual beli haram minyak gas kapal

Polis Pengawal Pantai (PCG) memberkas tujuh lelaki berusia antara 33 dengan 44 tahun kerana disyaki terlibat dalam urus niaga haram Minyak Gas Marin (MGO).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jan 2019 08:51AM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 10:23PM

SINGAPURA: Polis Pengawal Pantai (PCG) memberkas tujuh lelaki berusia antara 33 dengan 44 tahun kerana disyaki terlibat dalam urus niaga haram Minyak Gas Marin (MGO).

Pada 29 Jan 2019, dalam satu operasi bersama Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), PCG memberkas tiga anak kapal sebuah kapal milik penyedia khidmat marin dan empat anak kapal lain dari sebuah kapal tunda yang berdaftar di luar negara kerana memperdagangkan secara haram MGO di perairan Pulau Sudong, Singapura.

Siasatan awal mendapati tiga anak kapal sebuah kapal milik penyedia khidmat marin dipercayai menggelapkan 2.7 tan metrik MGO tanpa pengetahuan syarikat dan menjualnya kepada empat anak kapal sebuah kapal tunda yang berdaftar di luar negara. Kapal tunda berkenaan dirampas bagi siasatan lanjut. 

Tiga anak kapal penyedia khidmat marin terbabit akan didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah jenayah sebagai kakitangan syarikat, sementara empat anak kapal lain yang terbabit akan didakwa atas tuduhan menerima barang dicuri secara tidak jujur pada 31 Jan 2019.

PCG dan MPA memandang serius urus niaga haram minyak marin di perairan Singapura. PCG akan terus melakukan penguatkuasaan dan pemeriksaan keselamatan bagi mencegah dan mengesan kegiatan haram seperti itu di perairan Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita