7 khidmat bas baharu dilancarkan, termasuk laluan waktu sibuk di Tampines North
Pengguna pengangkutan awam di Tampines tidak lama lagi akan mempunyai sambungan yang lebih cepat ke stesen MRT Tampines, dengan perkhidmatan bas waktu puncak antara tujuh laluan baharu yang bakal diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (9 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengguna pengangkutan awam di Tampines tidak lama lagi akan mempunyai sambungan yang lebih cepat ke stesen MRT Tampines, dengan perkhidmatan bas waktu puncak antara tujuh laluan baharu yang bakal diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (9 Feb).
Khidmat 460 akan membantu penduduk di Tampines Boulevard untuk berulang-alik dengan lebih pantas ke stesen MRT Tampines semasa waktu puncak.
Bercakap kepada pihak media di Pusat Pertukaran Bas Tampines North, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata perkhidmatan baharu itu menyokong salah satu kawasan perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO) terbaharu di kawasan tersebut yang mempunyai "perancangan pengangkutan yang besar".
Ini terutamanya dengan pembinaan Hab Pengangkutan Bersepadu Tampines North yang dijangka siap menjelang tahun 2030.
"Ramai penduduk sudah mula berpindah masuk, dan kami sedang cuba membina rangkaian bas untuk menyokong keperluan pengangkutan penduduk yang sudah sedia ada di sini," kata Encik Siow.
PERKHIDMATAN BAHARU YANG LAIN
Empat lagi perkhidmatan waktu puncak juga akan diperkenalkan.
Khidmat bas 457, 458 dan 459 akan berkhidmat untuk penduduk di Hougang, Sengkang dan Punggol, sekali gus menyediakan sambungan terus ke Laluan Circle dan hab pekerjaan di Tai Seng.
Khidmat 461 pula akan menyediakan akses yang lebih pantas ke stesen MRT Khatib bagi penduduk di Yishun East.
Satu perkhidmatan terus ke bandar yang baharu, iaitu bas 648, akan menghubungkan Brickland dan Bukit Batok West ke Daerah Pusat Bandar (CBD), manakala perkhidmatan pengantara baharu, bas 831, akan mula beroperasi di Tengah pada 8 Mac.
Dua perkhidmatan sedia ada - 97 dan 97e - akan dilanjutkan dari Jurong East ke Tengah pada 8 Mac, diikuti oleh khidmat 181 dalam bulan-bulan akan datang.
Laluan baharu dan pelanjutan ini diumumkan di bawah Program Peningkatan Ketersambungan Bas yang dilancarkan pada Julai 2024.
LTA menyatakan bahawa penambahbaikan ini dibuat hasil rundingan dengan penasihat akar umbi dan pemimpin masyarakat, selepas semakan terhadap liputan rangkaian bas dan corak jumlah penumpang dilakukan.
Sejak program itu bermula, pihak berkuasa sudah memperkenalkan 27 perkhidmatan bas baharu dan pelanjutan laluan, serta menambah baik 62 perkhidmatan sedia ada.
Ini termasuk khidmat ekspres ke bandar dan laluan dengan perhentian terhad yang menggunakan jalan lebih pantas ke stesen MRT.
Hampir 244,000 pengguna sudah mendapat manfaat daripada program ini, yang dijangka menelan kos S$900 juta selama lapan tahun, menurut LTA.
Pihak berkuasa pengangkutan tersebut mengumumkan pada Oktober 2025 bahawa pengguna di kawasan timur laut serta Tengah dan Brickland akan menerima sebanyak 11 perkhidmatan bas baharu dan dua lagi pelanjutan laluan menjelang akhir tahun 2025.
Kesemua 13 perubahan tersebut sudahpun dilaksanakan, kata Encik Siow.
CABARAN PERLUAS RANGKAIAN BAS
Sambil mengumumkan perkhidmatan baharu tersebut, Encik Siow turut menyentuh cabaran berterusan dalam memperluaskan rangkaian bas Singapura, dengan menyifatkan kesukaran mengambil pemandu bas tempatan sebagai "tugas yang paling sukar".
"Saya ingin menambah seberapa banyak bas dan perkhidmatan bas yang mungkin, tetapi ia bukan mudah," katanya.
"Kami sudah cuba sedaya upaya untuk mengambil pemandu bas tempatan warga Singapura. Namun, di sebalik usaha terbaik kami, ia tetap sukar. Bagi setiap seorang pemandu bas tempatan yang kami ambil, kami biasanya kehilangan kira-kira dua orang disebabkan peletakan jawatan atau persaraan."
Umur median pemandu bas tempatan adalah 56 tahun dan terus meningkat, jelas Encik Siow.
Walaupun pemandu bas tempatan sudah menerima bonus pendaftaran sebanyak S$20,000, gaji permulaan mereka mungkin perlu disemak semula, tambahnya.
Termasuk kerja lebih masa, gaji permulaan pemandu bas tempatan adalah sekitar S$3,600.
"Itu setanding dengan pendapatan pemandu kereta sewa peribadi. Tetapi disebabkan tugas ini lebih sukar... saya faham mengapa sukar untuk menarik minat warga Singapura."
Encik Siow turut memberikan perkembangan terkini mengenai pemulihan sistem Jangkaan Masa Ketibaan (ETA) yang mengalami gangguan sejak 10 Januari.
LTA menyatakan pada 7 Februari bahawa sistem itu sudajh dipulihkan lebih 90 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa perisian tegar atau 'firmware' pada bas yang terjejas perlu dikemas kini secara manual, yang "sangat intensif dari segi sumber yang diperlukan".
"Perkara yang baik adalah kami sudah mengembalikan sistem ke tahap yang sepatutnya dan kami akan terus meningkatkan ketersediaan serta ketepatan sistem dari masa ke masa," katanya.
Sistem ETA menyediakan anggaran masa ketibaan bas di perhentian bas dan pada aplikasi pengangkutan.
Masalah teknikal sebelum ini menyebabkan masa menunggu yang sangat lama dipaparkan.
LTA menyatakan pada 22 Januari bahawa pemulihan sistem akan mengambil masa empat hari, selepas penetapan semula pertama dilakukan pada 21 Januari.
"Perkara paling penting untuk diingat adalah operasi bas tidak terjejas," kata Encik Siow.

Sumber : CNA/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.