Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (7 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
7 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 04:07PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 04:08PM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (7 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemua jangkitan baru adalah kes import, yang telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Dengan kes baru itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura kini sebanyak 58,054.

Maklumat lanjut mengenai kes hari ini akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Pada Jumaat (6 Nov), Kementerian Kesihatan dan Tenaga Manusia mengumumkan bahawa semua pekerja yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 tidak lagi perlu menjalani ujian rutin berjadual.

Langkah itu dibuat menyusuli semakan bukti saintifik terkini yang mencadangkan bahawa pekerja berkenaan "berisiko rendah" dijangkiti semula.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan