Skip to main content

Singapura

7 disiasat bertaruh lumba kuda haram, judi online

Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 39 dengan 73 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda haram, menurut polis pada Rabu (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
7 disiasat bertaruh lumba kuda haram, judi online

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:12AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 08:22AM

SINGAPURA: Enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 39 dengan 73 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda haram, menurut polis pada Rabu (20 Okt).

Para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands menjalankan tindakan penguatkuasaan di Woodlands Street 11, Woodlands Drive 14 dan Yishun Avenue 5 pada 13 Oktober.

"Dua lelaki berusia 57 dan 73 tahun disiasat kerana disyaki terbabit sebagai penerima taruhan manakala lagi tiga lelaki berusia antara 39 dengan 59 tahun disiasat kerana dipercayai membuat taruhan perlumbaan kuda haram dengan penerima taruhan," menurut polis dalam kenyataan medianya.

Seorang wanita berusia 52 tahun turut disiasat kerana dipercayai menerima taruhan online bersama seorang lelaki berusia 73 tahun, yang juga disiasat kerana terbabit dalam aktiviti perjudian online.

Wang tunai bernilai lebih S$440, tiga telefon bimbit dan alat pertaruhan turut dirampas, menurut pihak berkuasa sambil menambah bahawa siasatan masih diteruskan.

Sesiapa didapati bersalah kerana membuat taruhan lumba kuda haram dengan penerima taruhan boleh didenda sehingga S$5,000, dihukum penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Hukuman yang sama juga dikenakan terhadap mereka yang didakwa terbabit dalam aktiviti perjudian online haram.

Mereka yang didapati bersalah kerana terbabit sebagai penerima taruhan boleh didenda antara S$20,000 dengan S$200,000 dan dihukum penjara sehingga lima tahun. Sesiapa didapati bersalah menyediakan khidmat perjudian online haram untuk individu lain, berdepan hukuman yang sama dengan kemungkinan menerima kedua-dua hukuman.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita