7 diberkas, disyaki terlibat dalam kumpulan samseng, kegiatan dadah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
- Tujuh individu diberkas atas pelbagai kesalahan, termasuk disyaki terlibat dalam kumpulan samseng dan tuduhan berkaitan dadah.
- Ini berikutan operasi penguatkuasaan Pasukan Polis Singapura (SPF) di bar dan kelab malam sekitar Rochor Canal Road dan Little India.
- Secara keseluruhan, empat lelaki berusia 26 hingga 44 tahun diberkas kerana disyaki menjadi ahli kumpulan haram.
- Kesalahan lain yang terbongkar sewaktu operasi termasuk dua orang lelaki yang ditangkap atas kesalahan berkaitan vape.
SINGAPURA: Tujuh individu diberkas atas pelbagai kesalahan, termasuk disyaki terlibat dalam kumpulan samseng dan tuduhan berkaitan dadah.
Ini berikutan operasi penguatkuasaan Pasukan Polis Singapura (SPF) di bar dan kelab malam sekitar Rochor Canal Road dan Little India.
Beberapa hari lalu, empat lelaki ditangkap dan didakwa merusuh dengan senjata berbahaya di kawasan yang sama.
Lelaki tersebut ditangkap kerana disyaki sebagai ahli kumpulan samseng.
Lebih 100 orang di 18 premis diperiksa bagi membanteras kegiatan kongsi gelap.
Secara keseluruhan, empat lelaki berusia 26 hingga 44 tahun diberkas kerana disyaki menjadi ahli kumpulan haram.
Operasi itu menyusuli kes rusuhan menggunakan senjata berbahaya di Rochor Canal Road pada Ahad lalu (7 Sep).
Polis menyatakan, ia akan terus memantau situasi dan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi melindungi keselamatan awam.
Mereka yang didapati bersalah menjadi ahli kongsi gelap berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda S$10,000.
Kesalahan lain yang terbongkar sewaktu operasi termasuk dua orang lelaki yang ditangkap atas kesalahan berkaitan vape.
Lima vape dan komponen berkaitan telah dirampas.
Kedua-dua lelaki itu akan dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.