7 cedera selepas penerbangan Scoot dari SG ke Guangzhou alami gelora udara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: 8world News)
SINGAPURA: Empat penumpang dan tiga anak kapal cedera selepas satu penerbangan Scoot dalam perjalanan dari Singapura ke Guangzhou, China, mengalami gelora udara pada Jumaat (6 Sep) pagi.
Menurut data dari FlightRadar24, penerbangan Scoot TR100 berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada pukul 5.45 pagi. Ia mendarat di Guangzhou pada 9.10 pagi, dedah Scoot.
"Kami boleh mengesahkan bahawa empat penumpang dan tiga anak kapal menerima bantuan perubatan sebaik tiba di Guangzhou," tambah anak syarikat penerbangan tambang murah Singapore Airlines itu.
Setakat pukul 8.30 malam waktu tempatan, seorang penumpang dihantar ke hospital untuk pemantauan lanjut.
Scoot menambah kebimbangan utamanya adalah keselamatan penumpang dan anak kapal, dan ia akan menawarkan sokongan dan bantuan yang perlu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.