Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 blok HDB di Nee Soon jalani kerja naik taraf; pusat warga emas baru dibuka tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Feb 2023 07:37PM Dikemas Kini : 04 Feb 2023 09:48PM
SINGAPURA: Kerja-kerja menaik taraf tujuh blok HDB di Nee Soon akan mula dijalankan tidak lama lagi.

Para penduduk boleh menjangkakan sebuah pusat jagaan warga emas yang baru pada September nanti.

Itulah antara beberapa perubahan baru yang dirancangkan bagi kawasan tersebut.

Ia dipamerkan di sebuah karnival yang diadakan di merata Nee Soon sehingga bulan depan.

Para penduduk juga berpeluang melihat wajah Pembangunan Bersepadu Chong Pang yang bakal siap nanti.

Pusat itu akan mempunyai sebuah kelab masyarakat, sebuah pusat penjaja dan kemudahan-kemudahan riadah.

Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon berkata kerja-kerja binaan akan bermula 26 Mac ini.
Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan