7 bazar Ramadan boleh anda teroka di merata SG
Bazar Ramadan Geylang Serai berlangsung dari 14 Feb hingga 21 Mac tahun ini. (Gambar: CNA/Lan Yu)
Berikut senarai bazar-bazar Ramadan yang boleh anda kunjungi di seluruh Singapura:
1. BAZAR RAMADAN GEMILANG KAMPONG GELAM
Bila: Berlangsung sekarang hingga 15 Mac
Ia menampilkan 103 gerai secara keseluruhan, di mana lebih 90 gerai menjual makanan dan minuman dan selebihnya adalah gerai runcit.
5 gerai yang boleh anda cuba
- The Halal Corner: Anda boleh cuba hidangan pasta 'fusion', roti john dan beberapa hidangan enak.
- Smashed: Jangan terlepas untuk mencuba burger 'signature' mereka dan taco khas sempena bazar Ramadan
- Golden Bao SG: Gerai ini menjual roti berisi daging
- Gohed Gostan: Cuba pasta 'cheesewheel', pasta ayam tandoori dan pasta carbonara daging panggang
- Matcha Klasik: Minuman matcha latte dan manisan lain
Tahun ini, para pengunjung juga boleh menjangkakan aktiviti seperti berbuka puasa beramai-ramai pada 28 Februari dan persembahan 'open mic' kanak-kanak pada 5 Mac.
Pada lewat petang pada hari tertentu, akan ada ceramah agama dan persembahan, sebuah paparan aktivit tradisional seperti silat dan tarian Melayu, serta persembahan 'live' menampilkan selebriti tempatan dan serantau termasuk penyanyi 'rap' tempatan Fariz Jabba dan Abang Sapau.
2. BAZAR RAYA GEYLANG SERAI
Bila: Pada 14 Feb hingga 21 Mac
Dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai, bazar Ramadan dan Hari Raya tahun ini di Geylang Serai akan diadakan selama 36 hari.
Bazar itu diadakan sepanjang kawasan Geylang Serai, meliputi Sims Avenue, Geylang Serai, Geylang Road dan Engku Aman Road.
Terdapat lebih 500 gerai tahun ini dengan kira-kira 150 gerai menjual makanan dan minuman.
Gerai selebihnya terdiri daripada gerai-gerai runcit dan gaya hidup yang menjual pakaian Hari Raya, perhiasan rumah dan hadiah, serta aksesori tradisional dan barangan.
Terdapat juga gerai-gerai yang menawarkan khidmat melukis inai dan khidmat penggayaan dan fesyen tradisional sempena persiapan Hari Raya.
5 gerai yang boleh anda kunjungi
Croissant Tarik by FG: Gabungan antara roti croissant dan teh tarik, di samping pencuci mulut lain
Crispy Kunafa by Mango Bossku: Pencuci mulut 'fusion' dalam beraneka rasa dan hidangan manis lain
Meat My Meat: Daging steak keju 'Philly', burger 'gourmet' dan pelbagai hidangan enak
Katoshka: Kentang 'russet' disajikan dengan pelbagai sos
Balang SG: Minuman tempatan bersaiz besar, daripada air katira dan bandung hingga ke teh tarik dan teh limau
Selain tawaran makanan dan membeli-belah, terdapat juga persembahan 'live' oleh penyanyi tempatan dan serantau di Wisma Geylang Serai pada lewat petang pada hari tertentu.
Ini termasuk penyanyi dari Malaysia, Hael Husaini dan Siti Nordiana, serta artis-artis setempat seperti Hady Mirza, Sezairi dan Fauzie Laily.
Diberi nama 'Santai Sejenak', persembahan santai itu akan diadakan di Wisma Geylang Serai mulai pukul 8.30 malam dan direka sebagai sesi hiburan santai bagi para pengunjung sedang mereka mengunjungi bazar.
BAZAR-BAZAR RAMADAN LAIN DI SELURUH SG
Jika kali ini anda ingin mencuba bazar-bazar Ramadan yang lain di Singapura, jangan bimbang.
Berikut senarai bazar-bazar Ramadan lain yang turut diadakan tahun ini:
BAHAGIAN BARAT SG
Bazar Ramadan Bukit Gombak
Di mana: Bertentangan stesen MRT Bukit Gombak
Bila: Mulai 27 Feb hingga 19 Mac
BAHAGIAN UTARA SG
Bazaaria Ramadan Marsiling
Di mana: Di luar stesen MRT Woodlands & Causeway Point
Bila: Mulai 13 Feb hingga 14 Mac
Bazar Raya Utara
Di mana: Bertentangan stesen MRT Admiralty
Bila: Mulai 12 Feb hingga 19 Mac
BAHAGIAN TIMUR SG
Bazar Ramadan Pasir Ris
Di mana: Blok 415 Pasir Ris Drive 6
Bila: Mulai 19 Feb hingga 19 Mac
Pelita Raya Tampines
Di mana: Di luar stesen MRT Tampines
Bila: 15 Feb hingga 16 Mac
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.