Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 bangunan bersejarah di Bras Basah Bugis bermandi cahaya sempena ulang tahun ke-56 S'pura

Tujuh bangunan bersejarah dalam kawasan Bras Basah-Bugis bermandikan cahaya warna merah putih sempena ulang tahun negara ke-56.

Anggaran Waktu Membaca:
7 bangunan bersejarah di Bras Basah Bugis bermandi cahaya sempena ulang tahun ke-56 S'pura

Muzium Negara bermandi cahaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 (Gambar: NHB)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 10:59PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 11:02PM

SINGAPURA: Tujuh bangunan bersejarah dalam kawasan Bras Basah-Bugis bermandikan cahaya warna merah putih sempena ulang tahun negara ke-56.

Bangunan-bangunan yang terpilih termasuk Muzium Negara, Balai Bomba Pusat dan gereja katolik tertua di Singapura, Cathedral of the Good Shephard.

Empat bangunan lain yang dipilih Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk bermandikan cahaya tahun ini ialah The Cathay, Pusat Seni Stamford, Pusat Fotografi dan Filem, Objectifs dan Pusat Reka Bentuk Nasional.

Kesemuanya dipilih kerana mempunyai sejarah menarik yang mungkin kurang diingati.

NHB turut menyediakan beberapa program lain termasuk sesi bercerita, tayangan filem pendek dan permainan warisan.

Penyalaan lampu-lampu itu, berlangsung sepanjang bulan ini mulai 7.30 malam hingga 10.30 malam.

Sumber : CNA/RR/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan