Skip to main content

Singapura

7,000 pakej bantuan MINDS diagih kepada kakitangan perubatan

MINDS bekerjasama dengan gerakan Be Kind SG untuk mengagihkan sekitar 7,000 pakej bantuan kepada kakitangan perubatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan Hospital Tan Tock Seng.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2020 08:09PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 10:53PM

SINGAPURA: MINDS bekerjasama dengan gerakan Be Kind SG untuk mengagihkan sekitar 7,000 pakej bantuan kepada kakitangan perubatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan Hospital Tan Tock Seng.

Presiden Halimah Yacaob mengunjungi salah satu daripada tiga pusat pembungkusan hari ini (24 Feb) dan berinteraksi dengan lebih 20 penerima bantuan persatuan MINDS.

Gerakan itu turut melibatkan sukarelawan daripada Maktab Rendah Anglo-Chinese dan Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan (NVPC).

(Gambar: MCI)

(Gambar: MCI)

Pakej-pakej bantuan itu mengandungi barangan seperti cemilan, minuman dan kad ucapan 'terima kasih'.

Inisiatif itu turut menjadi wadah bagi MINDS mendidik para penerima bantuannya, tentang COVID-19 serta peluang bagi mereka menunjukkan penghargaan kepada kakitangan jagaan kesihatan. 

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita