Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

68 pemimpin siswa kumpulan pertama Program Penyokong NUSSU

Satu inisiatif baru dilancarkan di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Sabtu (20 Ogos) bagi membantu para mahasiswa menguruskan kesihatan mental mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu inisiatif baru dilancarkan di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Sabtu (20 Ogos) bagi membantu para mahasiswa menguruskan kesihatan mental mereka.

Matlamatnya adalah melengkapkan para pemimpin pelajar dengan kemahiran untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pertama sekitar 70 mahasiswa selesai menjalani latihan untuk memahami kesihatan mental serta kesedaran tentang tindakan membunuh diri dan bagaimana untuk mencegahnya.

Latihan tersebut telah dijalankan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Persatuan 'Samaritans of Singapore' (SOS).

Menurut NUS, kumpulan pelajar fakulti undang-undang akan memainkan peranan penting sedang pelbagai kegiatan di kampus kembali sepenuhnya semester ini.
Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan