Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,606 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; 3 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,606 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
 6,606 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; 3 kematian

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos) 

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,606 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (23 Jun).

Ia terdiri daripada 5,954 jangkitan tempatan dan 652 ‬‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 23 Jun: 6,606
Kes baru tempatan: 5,954
Kes import: 652

Jumlah kes baru Protokol 2: 6,071

Ini terdiri daripada 5,457 kes tempatan dan 614 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 535 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 497 adalah jangkitan tempatan, manakala 38 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,390,558

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Jun: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,408

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.38, naik sedikit berbanding 1.3 semalam (22 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 341 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 322 semalam (22 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 28

Dipantau rapi di ICU: 8

Seramai 3,299 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (22 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus

 
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan