Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

66 syarikat dikenakan tindakan, langgar langkah pengurusan selamat COVID-19 di tempat kerja

MOM terima lebih 3,500 maklum balas berhubung ketidakpatuhan sedemikian; yang paling kerap adalah majikan tidak benarkan kakitangan kerja dari rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
66 syarikat dikenakan tindakan, langgar langkah pengurusan selamat COVID-19 di tempat kerja

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 04:18PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 04:20PM

SINGAPURA: Tindakan telah diambil terhadap 66 syarikat di sini kerana gagal mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat di tempat kerja.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), ia menerima lebih 3,500 maklum balas berkaitan langkah-langkah sedemikian sejak Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dikuatkuasakan pada Mei.

Pencabulan paling sering dilakukan di tempat kerja adalah tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah meskipun mereka boleh berbuat demikian.

Maka itu, MOM mengingatkanmajikan bekerja dari rumah kekal sebagai aturan kerja sekarang.

Sementara itu, mereka yang bertugas di tempat kerja pula mesti menjaga jarak satu meter dan penanda harus diletakkan di ruang-ruang yang dikongsi bersama bagi mengurangkan kesesakan.

Pekerja juga tidak dibenarkan berkumpul bagi tujuan sosial dan mereka harus makan secara berasingan pada waktu-waktu berbeza.

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan