66 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NEA)
SINGAPURA: Sebanyak 66 saman dikeluarkan kepada para penunggang motosikal berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands atas pelbagai kesalahan kenderaan, termasuk asap ekzos motosikal, semasa operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada Isnin (28 Nov).
Seramai 25 penungang ditahan kerana motosikal mereka mengeluarkan bunyi terlalu kuat. Empat individu ditahan kerana motosikal mereka tidak menepati piawai pelepasan asap. Manakala, 24 individu yang lain gagal untuk memenuhi keperluan kawal selia seperti plat lesen yang tidak betul.
Sementara itu, 13 individu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen yang sah dan menggunakan kenderaan bermotor tanpa perlindungan insurans.
Operasi penguatkuasaan dikendalikan bersama oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk "menginggati para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan persekitaran dan keselamatan jalan raya Singapura," nyata ketiga-tiga agensi tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bersama.
"NEA, SPF dan LTA akan terus menjalankan penguatkuasaan secara berkala dan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang ingkar."

Semua kenderaan, termasuk kenderaan yang berdaftar di luar negara yang memasuki ke Singapura, mesti mematuhi peraturan keselamatan dan pelepasan asap.
Singapura akan memperketatkan piawaian pelepasan asap mulai 6 April 2023 bagi motosikal tempatan yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003, serta untuk semua motosikal yang berdaftar di luar negara.
"Mengurangkan asap ekzos bunyi kenderaan akan membantu mencapai serta mengekalkan persekitaran hidup yang bersih dan sihat di Singapura,"menurut agensi-agensi itu.
"Para pengguna jalan raya asing yang memasuki Singapura dengan kenderaan mereka digesa supaya memainkan peranan menjaga persekitaran agar ia bersih dan selamat."
Bagi plat lesen kenderaan, ia haruslah dipaparkan dengan betul.
Para pengguna jalan raya dengan kenderaan yang berdaftar di luar negara yang didapati melanggar peraturan boleh berdepan hukuman dan tidak dibenarkan memasuki Singapura menerusi pusat-pusat pemeriksaan darat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.