Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

66 masjid buka pendaftaran ruang solat Aidiladha Jumaat ini

Pendaftaran slot untuk solat Hari Raya Aidiladha di 66 masjid akan dibuka pada Jumaat (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2021 03:09PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 08:59PM

SINGAPURA: Pendaftaran slot untuk solat Hari Raya Aidiladha di 66 masjid akan dibuka pada Jumaat (16 Jul).

Mengumumkan perkara itu dalam satu catatan Facebook hari ini (14 Jul), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan sebanyak 18,180 ruang solat dibuka di 66 masjid serata negara. Ini termasuk 19 yang di bawah aturan Masjid Lebih Selamat menerusi ujian pra-acara (PET).

Menurut MUIS, kebanyakan masjid akan menawarkan sehingga tiga sesi solat yang dihadkan kepada 50 jemaah setiap sesi. Zon solat untuk jemaah Muslimah juga disediakan namun, hanya di 19 masjid di bawah aturan Masjid-Lebih Selamat dengan PET.

Masyarakat Muslim juga diingatkan tentang tempoh berperingkat untuk membuat pendaftaran bagi Masjid-Masjid Lebih Selamat dan juga baki masjid lain.

(Gambar: MUIS/Facebook)

(Gambar: MUIS)

Bagi Masjid-Masjid Lebih Selamat dengan PET, pendaftaran ruang solat mula dibuka pada jam 9.00 pagi manakala untuk masjid-masjid lain, orang ramai hanya boleh membuat tempahan dari pukul 11.00 pagi.

Setiap sesi solat pula adalah selama 40 minit, dengan waktu rehat setengah jam sebelum sesi seterusnya dimulakan.

Sesi pertama solat Aidiadha akan bermula jam 7.30 pagi.

Pendaftaran slot boleh dilakukan di laman https://ourmosques.commonspaces.sg/ atau aplikasi Muslim.sg.

Untuk butiran lanjut mengenai solat Aidiladha, lungsuri ke https://go.gov.sg/hrh2021mly.

MUIS juga menyatakan lebih banyak kemas kini akan diberikan kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan