Skip to main content

Singapura

66 kes COVID-19 dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan, kakitangan sokongan: Gan Kim Yong

Setakat 26 April, terdapat 66 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan kakitangan sokongan, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen pada Isnin (4 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
66 kes COVID-19 dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan, kakitangan sokongan: Gan Kim Yong

Seorang pekerja kesihatan di S'pura berpakaian PPE mengambil sampel dari pekerja asing pada 27 Apr 2020 bagi ujian COVID-19 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 04 May 2020 05:01PM Dikemas Kini : 04 May 2020 05:08PM

SINGAPURA: Setakat 26 April, terdapat 66 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan kakitangan sokongan, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen pada Isnin (4 Mei).

Dalam kalangan mereka, 46 kes melibatkan pekerja jagaan kesihatan yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit, katanya.

"Berdasarkan siasatan sejauh ini, tiada hubungan epidemiologi yang menunjukkan bahawa para pekerja kesihatan tersebut dijangkiti semasa bertugas," kata Encik Gan.

Namun, ada "satu kes di institusi kesihatan privet di mana kita tidak dapat menolak kemungkinan ada hubungan kaitan antara doktor dan pesakit COVID-19", katanya.

Di antara kes yang terkait, banyak adalah kes import, kes yang disebabkan oleh penularan dalam rumah, atau berkaitan dengan kelompok jangkitan di gereja, kata Encik Gan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Kesihatan Dr Chia Shi-Lu yang ingin tahu berapa banyak pekerja penjagaan kesihatan yang dijangkiti virus COVID-19 dan berapa banyak yang dijangkiti semasa bertugas.

Para pekerja penjagaan kesihatan sudah mengambil langkah penjagaan tambahan di tempat kerja mereka untuk melindungi diri dan keluarga mereka, jelas Encik Gan.

Beliau menarik perhatian bahawa satu kajian Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) baru-baru ini tidak mengesan adanya jangkitan sebelum ini dalam sampel pekerja jagaan kesihatan.

“Meskipun begitu, sekiranya kakitangan jagaan kesihatan kita jatuh sakit, kami akan memastikan mereka dijaga dengan baik. Dalam keadaan malang seperti itu, institusi kami tetap berhubungan dengan pekerja kesihatan yang dijangkiti untuk bertanya khabar,” katanya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita