Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,516 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,516 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
6,516 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura; tiada kematian
Orang ramai di Raffles Place. (Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,516 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (24 Jun).

Ia terdiri daripada 5,874 jangkitan tempatan dan 642 ‬‬kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 24 Jun: 6,516
Kes baru tempatan: 5,874
Kes import: 642

Jumlah kes baru Protokol 2: 6,002

Ini terdiri daripada 5,394 kes tempatan dan 608 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 514 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 480 adalah jangkitan tempatan, manakala 34 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,397,074

KEMATIAN

Kes kematian pada 23 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,408

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.42, naik sedikit berbanding 1.38 semalam (23 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 357 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 341 semalam (23 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 28

Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 6,945 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis (22 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan