650 liter penyalut basmi kuman sendiri dipasang di 1.5 juta butang lif HDB
Sekitar 650 liter penyalut basmi kuman sendiri dipasang di 1.5 juta butang lif HDB.
SINGAPURA: Sekitar 650 liter penyalut basmi kuman sendiri dipasang di 1.5 juta butang lif HDB.
16 majlis bandaran melakukannya selepas menerima penyalut itu daripada Yayasan Changi, cabang amal Changi Airport Group.
Sejak dua minggu lalu, setiap butang di dalam dan di lobi lif disaluti bahan basmi kuman.
Penyalut tersebut sebelum ini digunakan di Lapangan Terbang Changi dan dikatakan melindungi pengguna daripada virus dan bakteria dengan membunuhnya pada tahap molekular.
Bahan penyalut tersebut boleh bertahan sehingga tiga bulan.
Para penduduk digesa supaya tidak menggunakan objek tajam seperti kunci untuk menekan butang lif kerana ia akan merosakkan penyalut tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.