Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

65 tempat di SG untuk tonton Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda sedang mencari tempat untuk merasakan kemeriahan Piala Dunia Fifa 2022, berikut merupakan tempat-tempat yang harus anda ketahui.

Persatuan Rakyat (PA), Majlis Sukan Singapura dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) mengumumkan 65 tempat yang akan menyiarkan Piala Dunia 2022 secara langsung bermula 21 November 2022.

Sebanyak 24 Kelab Masyarakat (CC) akan menyiarkan perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador pada 21 November.

Perlawanan tersebut juga akan disiarkan di lima Pusat Sukan ActiveSG - Pusat Sukan Hougang, Pusat Sukan Jurong West, Pusat Sukan Pasir Ris, Pusat Sukan Toa Payoh dan Pusat Sukan Woodlands.

Hab Sukan Singapura akan memilih perlawanan yang akan disiarkan pada Disember 2022.

Anda juga boleh menonton beberapa siaran perlawanan Piala Dunia 2022 di Bangunan Perpustakaan Negara pada 17 dan 18 Disember, termasuk perlawanan akhir.

Lima puluh lapan Kelab Masyarakat akan menyiarkan perlawanan itu dan menawarkan pelbagai aktiviti sampingan, seperti permainan konsol, permainan bola sepak meja atau 'foosball' dan cabaran mini bola sepak serta persembahan secara langsung.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman ActiveSG dan PA.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan