Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

65 masjid adakan solat Aidiladha; 3 sesi di 45 masjid, 2 sesi di 20 masjid

Sebanyak 45 masjid akan menawarkan tiga sesi solat Aidiladha pada pagi Jumaat (31 Jul), manakala 20 masjid lagi akan menyediakan dua sesi solat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 45 masjid akan menawarkan tiga sesi solat Aidiladha pada pagi Jumaat (31 Jul), manakala 20 masjid lagi akan menyediakan dua sesi solat.

Ini bermakna sebanyak 8,750 slot disediakan bagi solat Hari Raya Haji kesemuanya.

Empat masjid turut menyediakan ruang bagi jemaah Muslimah iaitu Masjid Al-Istighfar, Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin dan Masjid Al-Iman.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kenyataan medianya hari ini (24 Jul).

Pendaftaran bagi slot solat Aidiladha akan mula dibuka melalui app MuslimSg dan https://ourmosques.commonspaces.sg bermula 1.00 tengah hari pada Isnin ini (27 Jul).

Pendaftaran tersebut dibuka kepada semua jemaah, tanpa mengira sama ada mereka pernah menempah slot bagi solat Jumaat pada minggu-minggu sebelum ini.

Senarai masjid yang menawarkan tiga sesi solat Aidiladha pada 7.30 pagi, 8.30 pagi and 9.30 pagi adalah seperti berikut:

TIMUR

1. Masjid Abdul Aleem Siddique
2. Masjid Al Abdul Razak
3. Masjid Al-Ansar
4. Masjid Al-Islah
5. Masjid Al-Istighfar (ruang disediakan bagi jemaah Muslimah)
6. Masjid Alkaff Kampung Melayu
7. Masjid Al-Mawaddah
8. Masjid Al-Taqua
9. Masjid Darul Ghufran
10. Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
11. Masjid Kampung Siglap
12. Masjid Kassim
13. Masjid Khalid
14. Masjid Khadijah
15. Masjid Mydin
16. Masjid Wak Tanjong

UTARA

17. Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)
18. Masjid Ahmad Ibrahim
19. Masjid Al-Istiqamah
20. Masjid Al-Muttaqin
21. Masjid An-Nahdhah
22. Masjid An-Nur
23. Masjid Assyafaah (ruang disediakan bagi jemaah Muslimah)
24. Masjid Darul Makmur
25. Masjid En-Naeem
26. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
27. Masjid Haji Yusoff
28. Masjid Yusof Ishak
29. Masjid Petempatan Melayu Sembawang

SELATAN

30. Masjid Al-Amin
31. Masjid Hajjah Fatimah
32. Masjid Jamae Chulia
33. Masjid Mujahidin (ruang disediakan bagi jemaah Muslimah)

BARAT

34. Masjid Ahmad
35. Masjid Al-Huda
36. Masjid Al-Iman (ruang disediakan bagi jemaah Muslimah)
37. Masjid Al-Khair
38. Masjid Al-Mukminin
39. Masjid Ar-Raudhah
40. Masjid Assyakirin
41. Masjid Darussalam
42. Masjid Hang Jebat
43. Masjid Hasanah
44. Masjid Maarof
45. Masjid Tentera Di Raja

Senarai masjid yang menawarkan dua sesi solat Aidiladha pada 7.30 pagi dan 8.30 pagi pula adalah seperti tertera di bawah:

UTARA

1. Masjid Alkaff (Upper Serangoon)
2. Masjid Muhajirin
3. Masjid Omar Salmah

SELATAN

4. Masjid Al Abrar
5. Masjid Angullia
6. Masjid Hj Mohd Salleh (Palmer Road)
7. Masjid Jamae Queenstown
8. Masjid Sultan
9. Masjid Tasek Utara

BARAT

10. Masjid Al Firdaus
11. Masjid Hussain Sulaiman
12. Masjid Pusara Aman

Senarai masjid yang menyediakan dua sesi solat Aidiladha pada 8.30 pagi dan 9.30 pagi adalah seperti berikut:

TIMUR

13. Masjid Darul Aman
14. Masjid Sallim Mattar

SELATAN

15. Masjid Al Falah
16. Masjid Jamiyah Ar Rabitah
17. Masjid Kampung Delta
18. Masjid Malabar
19. Masjid Moulana Mohd Ali
20. Masjid Omar Kampong Melaka

KHUTBAH AIDILADHA

Khutbah Hari Raya Haji oleh Mufti Dr Nazirudin Nasir akan disiarkan dalam bahasa Melayu, dengan sarikata Inggeris, di SalamSG TV dan Warna 94.2FM.

Mufti akan menyampaikan khutbah beliau selepas mengimamkan solat pada 8.30 pagi di Masjid Maarof.

SalamSG TV dan Warna 94.2FM juga akan menyiarkan takbir sebelum solat Aidiladha.

Bagi masyarakat Muslim India, khutbah juga akan disampaikan dalam bahasa Tamil oleh Masjid Jamae Chulia dan Masjid Al Abrar melalui platform Facebook masing-masing dan di Bisme Radio.

Masjid Malabar akan menyiarkan khutbah dalam bahasa Malayalam, manakala SalamSG TV bakal menyiarkan khutbah dalam bahasa Bengali pada 9.30 pagi bagi pekerja asing Muslim.

BOLEH TUNAIKAN SOLAT AIDILADHA DI RUMAH

Pejabat Mufti juga memberi panduan bagi solat Aidiladha, memandangkan masyarakat masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan terdapat kurangnya ruang solat di masjid disebabkan langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Para jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Falah pada 17 Jul 2020. (Gambar: Rosli A Razak)

"Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat bagi menunaikan solat Hari Raya di masjid boleh mengerjakannya di rumah bersama keluarga mereka.

"Ini serupa dengan aturan bagi Hari Raya Aidilfitri dan keluarga-keluarga digalakkan menonton khutbah Hari Raya online," jelas MUIS.

TIDAK PERLU SOLAT JUMAAT JIKA SUDAH SOLAT AIDILADHA

Sehubungan itu, memandangkan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, umat Islam akan menyaksikan dua solat jemaah pada 31 Julai nanti.

Menurut MUIS, meskipun kebanyakan ulama mazhab Shafiee, Hanafi dan Maliki berpendapat solat Jumaat masih wajib dilaksanakan bagi mereka yang menunaikan solat Hari Raya pada pagi hari, Pejabat Mufti berpandangan bahawa pendapat ini paling sesuai diamalkan semasa situasi biasa di mana ruang dan had-had lain tidak menimbulkan satu isu.

Para jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Falah pada 17 Jul 2020. 

"Keutamaan bagi masyarakat Islam adalah bagi menyediakan peluang kepada sebanyak Muslim yang boleh untuk menunaikan solat Jumaat, terutama sekali mereka yang belum dapat mengerjakannya sejak solat Jumaat di masjid bermula sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ditarik balik.

"Oleh itu, mereka yang berjaya menempah slot bagi solat Aidiladha tidak perlu menunaikan solat Jumaat, sebaliknya melakukan solat Zuhur dan mendengar khutbah Jumaat secara online," jelas MUIS.

65 MASJID TERUSKAN SOLAT JUMAAT

65 masjid yang menawarkan solat Jumaat sekarang ini akan terus melakukan demikian, dengan waktu yang sama dan langkah-langkah keselamatan dijalankan.

Memandangkan sebilangan masjid sudah mula menawarkan tiga sesi solat Jumaat, jumlah slot yang disediakan kesemuanya meningkat kepada 9,100.

Para jemaah beratur untuk memasuki Masjid A;-Falah bagi menunaikan solat Jumaat pada 17 Jul 2020. (Gambar: Rosli A Razak)

Pendaftaran bagi slot solat Jumaat melalui app MuslimSG dan https://ourmosques.commonspaces.sg akan dibuka bermula 10.00 pagi pada Selasa (28 Jul).

Senarai masjid yang menawarkan tiga sesi solat Jumaat pada 1.00 petang, 2.00 petang dan 3.00 petang adalah seperti berikut:

TIMUR

1. Masjid Abdul Aleem Siddique
2. Masjid Al Abdul Razak
3. Masjid Al-Ansar
4. Masjid Al-Islah
5. Masjid Al-Istighfar
6. Masjid Alkaff Kampung Melayu
7. Masjid Al-Mawaddah
8. Masjid Al-Taqua
9. Masjid Darul Aman
10. Masjid Darul Ghufran
11. Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
12. Masjid Kampung Siglap
13. Masjid Kassim
14. Masjid Khalid
15. Masjid Mydin
16. Masjid Sallim Mattar
17. Masjid Wak Tanjong

UTARA

18. Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran)
19. Masjid Ahmad Ibrahim
20. Masjid Al-Istiqamah
21. Masjid Al-Muttaqin
22. Masjid An-Nahdhah
23. Masjid An-Nur
24. Masjid Assyafaah
25. Masjid Darul Makmur
26. Masjid En-Naeem
27. Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
28. Masjid Muhajirin
29. Masjid Yusof Ishak
30. Masjid Haji Yusoff

SELATAN

31. Masjid Al-Amin
32. Masjid Al-Falah
33. Masjid Angullia
34. Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer)
35. Masjid Jamek Queenstown
36. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
37. Masjid Kampong Delta
38. Masjid Malabar
39. Masjid Mujahidin
40. Masjid Sultan

BARAT

41. Masjid Ahmad
42. Masjid Al-Firdaus
43. Masjid Al-Huda
44. Masjid Al-Iman
45. Masjid Al-Khair
46. Masjid Al-Mukminin
47. Masjid Ar-Raudhah
48. Masjid Assyakirin
49. Masjid Darussalam
50. Masjid Hang Jebat
51. Masjid Hasanah
52. Masjid Maarof
53. Masjid Tentera Di Raja

Senarai masjid yang menyediakan dua sesi solat Jumaat pada 1.00 petang dan 2.00 petang adalah seperti berikut:

TIMUR

1. Masjid Khadijah

UTARA

2. Masjid Alkaff (Upper Serangoon
3. Masjid Omar Salmah
4. Masjid Petempatan Melayu Sembawang

SELATAN

5. Masjid Al-Abrar
6. Masjid Hajjah Fatimah
7. Masjid Jamae (Chulia)
8. Masjid Moulana Mohd Ali
9. Masjid Omar Kampong Melaka
10. Masjid Tasek Utara

BARAT

11. Masjid Hussain Sulaiman
12. Masjid Pusara Aman

Jemaah yang berjaya menempah slot bagi solat Jumaat tidak akan dapat mendapatkan tempat bagi solat Aidiladha.

Bagi menyediakan lebih banyak peluang bagi mereka yang belum mendapat slot solat Jumaat di masjid, mereka yang pernah mengerjakan solat Jumaat sebelum 31 Julai juga tidak akan layak mendaftar bagi ruang tersebut.

Menurut Pejabat Mufti, mereka yang belum mendapat slot bagi solat Jumaat juga diberi rukhsah atau kelonggaran untuk menggantikan solat Jumaat dengan solat Zuhur dan mendengar khutbah Jumaat melalui SalamSG TV.

Para jemaah yang sudah menempah slot tetapi tidak dapat hadir untuk solat turut diminta membatalkan tempahan mereka agar memberi peluang kepada jemaah lain mendaftar.

Di samping itu, semua jemaah juga dinasihatkan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi memastikan masjid-masjid selamat.

Ini termasuk tidak hadir jika mereka berasa kurang sihat, mengambil wudu' sebelum datang ke masjid, membawa keperluan solat sendiri, memakai pelitup dan mengelak berbual serta bersentuhan dengan jemaah lain.

Mereka juga dinasihatkan menggunakan SafeEntry apabila memasuki dan keluar dari masjid.

Mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta 12 tahun ke bawah juga digalakkan menunaikan solat di rumah dan mengelak daripada menunaikan solat di masjid.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan