6,442 kes baru COVID-19 di S'pura; 2 kematian
(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,442 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (18 Mei).
Ia terdiri daripada 6,289 jangkitan tempatan dan 153 kes import.
Dua kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 18 Mei: 6,442
Kes baru tempatan: 6,289
Kes import: 153
Jumlah kes baru Protokol 2: 5,976
Ini terdiri daripada 5,836 jangkitan tempatan dan 140 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 466 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 453 adalah jangkitan tempatan manakala 13 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,254,113
KEMATIAN
Kes kematian pada 18 Mei: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 1,369
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.05, naik berbanding 1.03 semalam (17 Mei).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 288 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 275 semalam (17 Mei).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 45
Dipantau rapi di ICU: 8
Seramai 2,781 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Selasa (11 Mei), 96 peratus penduduk Singapura layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 75 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.