Skip to main content

Singapura

63% projek BTO tergendala dek COVID-19 sudah siap dibina, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
63% projek BTO tergendala dek COVID-19 sudah siap dibina, kata Desmond Lee

Gambar: HDB

Diterbitkan : 18 Apr 2023 01:51PM
SINGAPURA:Sekitar 63 peratus projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang tergendala kerana pandemik COVID-19 sudah siap dibina.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dalam satu catatan di Facebook berkata sebanyak 58 projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) siap sepanjang dua tahun lalu, dengan tujuh siap dibina pada Mac lalu, iaitu jumlah tertinggi dalam satu-satu bulan sejak 2017.

Ia termasuk Keat Hong Verge, yang merupakan pembangunan pertama yang selesai dibina tanpa terjejas sebarang penangguhan sejak langkah pemutus jangkitan diperkenalkan pada 2020.

Dalam catatan yang sama, Encik Lee berkata West Coast Parkview, iaitu projek terakhir yang dikendalikan syarikat kontraktor Greatearth sebelum ia muflis, akan selesai ikut jadual pada suku ketiga tahun ini.

HDB akan berusaha menyelesaikan baki projek BTO lain yang tertangguh sepanjang dua tahun akan datang.
Sumber : CNA/HA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita