Skip to main content

Singapura

62 orang disiasat dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi

Seramai 29 lelaki dan 33 wanita berusia antara 18 dengan 73 tahun disiasat atas pelbagai kesalahan menyusuli siri operasi penguatkuasaan berbilang agensi antara 5 dengan 8 Mac 2025, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
62 orang disiasat dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi

Seramai 29 lelaki dan 33 wanita disiasat atas pelbagai kesalahan menyusuli siri operasi penguatkuasaan berbilang agensi. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 11:46AM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 11:47AM
SINGAPURA: Seramai 29 lelaki dan 33 wanita berusia antara 18 dengan 73 tahun disiasat atas pelbagai kesalahan menyusuli siri operasi penguatkuasaan berbilang agensi antara 5 dengan 8 Mac 2025, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Mac).

Operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan di beberapa lokasi seperti Toa Payoh, Novena, Bukit Timah Road, Orchard Road, Balestier Road dan Selegie Road.

Seramai 20 wanita berusia antara 18 dengan 48 tahun diberkas di bawah Akta Piagam Wanita 1961 dan Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing 1990 (EFMA) dalam serbuan terhadap beberapa rumah urut dan unit komersial di Toa Payoh, Balestier Road dan Orchard Road pada 5 Mac lalu.
23 lelaki dan lima wanita diberkas atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian 2022. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
Sementara itu, polis juga menjalankan serbuan terhadap aktiviti perjudian haram di kawasan Novena, Toa Payoh dan Bukit Timah Road pada 6 dan 7 Mac lalu.

Seramai 23 lelaki dan lima wanita berusia antara 20 dengan 53 tahun diberkas atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian 2022.

Cip-cip yang digunakan untuk berjudi bagi menggantikan wang tunai dan telefon bimbit serta beberapa perkakas berkaitan perjudian dirampas sebagai bukti kes.

Sementara itu, polis juga menjalankan serbuan terhadap kegiatan perjudian haram di kawasan Toa Payoh pada 7 dan 8 Mac lalu.

Enam lelaki dan dua wanita berusia antara 50 dengan 73 tahun disiasat atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian 2022.

Siasatan terhadap kesemua 62 individu masih dijalankan.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita