62 Kadi dan Naib Kadi dilantik untuk tempoh tiga tahun akan datang, 23 daripadanya Naib Kadi baharu
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Seramai 23 Naib Kadi baharu dilantik tahun ini, iaitu jumlah tertinggi dalam satu sesi pelantikan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) setakat ini.
Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada 62 Kadi dan Naib Kadi, yang telah dilantik bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Seramai 39 daripada golongan itu merupakan Kadi dan Naib Kadi yang dilantik semula
Pelantikan tersebut diumumkan semasa majlis Pelantikan dan Penghargaan Kadi dan Naib Kadi 2026 pada Rabu (10 Jun), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City.
Berucap di majlis itu, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata peranan Kadi dan Naib Kadi tidak berhenti di majlis akad nikah setiap pasangan.
Dr Faishal berkata: “Setiap perkahwinan bermula dengan akad nikah, namun peranan seorang Kadi atau Naib Kadi melangkaui sekadar mengendalikan majlis pernikahan. Pasangan memerlukan bimbingan sejak awal daripada individu yang mereka percayai untuk membantu mengharungi alam perkahwinan.”
PELANTIKAN SEBAHAGIAN USAHA PERKUKUH EKOSISTEM BERSAMAMU
Menurut ROMM, pelantikan seramai 62 Kadi dan Naib Kadi sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh ekosistem inisiatif Bersamamu.
Dalam perkembangan berkaitan perkembangan inisiatif itu, Dr Faishal turut mengumumkan bahawa program 'Achieving Resilient and Inspiring Families' atau program ARIF kini menjadi komponen tetap dalam ekosistem Bersamamu mulai Jun tahun ini.
Dr Faishal berkata: "Saya juga gembira melihat ARIF kini sebahagian daripada ekosistem Bersamamu, dengan AMP menerajui usaha ini. Ini mencerminkan keyakinan bahawa apabila masyarakat, institusi dan individu berganding bahu dengan matlamat yang sama, kita mampu membawa perubahan yang bermakna."
Dr Faishal berkongsi bahawa sejak 2019, program Bersamamu telah menyokong lebih 36,000 pasangan Muslim menerusi pelbagai bentuk bimbingan sebelum dan selepas perkahwinan.
Bagi memperkukuh lagi sokongan tersebut, sesi bersemuka tambahan selepas nikah bakal ditawarkan bagi pasangan yang dikenal pasti, umum Dr Faishal.
Langkah tersebut, bagi Ustaz Ridwan, dapat melengkapi lagi bantuan yang sedia ada kepada pasangan, kerana ia "menawarkan peluang bagi kadi dan naib kadi untuk mengeratkan hubungan bersama pasangan".
Usaha selanjutnya untuk memperkukuhkan lagi ekosistem Bersamamu adalah dengan pengerahan para pegawai pembangunan keluarga (FDO) di empat masjid iaitu Masjid Al-Falah, Masjid Al-Khair, Masjid Darul Ghufran, dan Masjid An-Nur.
Menurut Dr Faishal, para pegawai di keempat-empat masjid itu akan "bekerjasama dengan masjid-masjid lain dalam daerah masing-masing untuk memperluas program pembangunan keluarga."
Dengan sokongan tersebut, Dr Faishal berkata bahawa sokongan kepada keluarga lantas akan lebih dekat, lebih tersusun dan lebih berkesan.

Di majlis pelantikan tersebut, sebuah buku berjudul 'Tenunan Kasih: Kompilasi Hikmah Mahligai Bahagia - Bersamamu Selamanya' turut dilancarkan.
Buku itu menyingkap pengalaman, pandangan dan kebijaksanaan para Kadi, Naib Kadi serta asatizah wanita daripada program Solace Care PERGAS.
KETUA JABATAN DAKWAH DI MASJID AL-ISLAH ANTARA 23 NAIB KADI BAHARU DILANTIK
Antara Naib Kadi yang baharu dilantik ialah Ustaz Muhammad Ridwan Sarmidi Putra, 38 tahun.
"Peranan saya sebenarnya bukan sahaja pada hari pernikahan tersebut tetapi sebagai kawan yang rapat ataupun sebagai sumber rujukan, sekiranya para pasangan perlukan bimbingan ataupun bantuan pada tahun tahun awal pernikahan mereka," ujar Ustaz Ridwan.

Berbekalkan pengalaman 12 tahun berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Dakwah di Masjid Al-Islah, beliau membawa bersamanya pengalaman dan kemahiran berhubung dengan jemaah terhadap pasangan Muslim.
"InsyaAllah, apabila saya membawa bersama pengalaman itu, mereka senang untuk membuka hati ataupun bicara dalam meminta bantuan ataupun bimbingan dalam menghadapi rumah tangga mereka yang baru ini,"tambahnya lagi.
Mengulas mengenai jumlah pelantikan Naib Kadi, Ustaz Ridwan berkata ia mewujudkan ruang untuk mereka saling berkongsi pengalaman dan belajar daripada rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
PERANAN KADI BANTU PASANGAN MUALAF
Pasangan suami isteri Encik Radzi Barian Arlandito, 33 tahun, dan isterinya, Cik Risa Kamilah Shigemi, 30 tahun, mendirikan rumah tangga pada 2024.
Menurut pasangan itu, bimbingan yang diterima sebelum mendirikan rumah tangga memainkan peranan penting dalam membantu mereka membuat persiapan sebagai pasangan suami isteri.
Ia lebih-lebih lagi dengan Cik Risa yang berasal dari Jepun, memeluk agama Islam pada Ogos 2024, dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang Muslimah di Singapura.

Pasangan itu juga berkongsi bahawa kadi yang menguruskan akad nikah mereka banyak berkongsi panduan mengenai perkahwinan Islam.
"Nasihat dan sokongan yang diberikan adalah dalam bentuk kaunseling. Isteri saya seorang mualaf, jadi beliau membantu kami memahami konteks kehidupan Muslim di Singapura. Jika kami mempunyai sebarang perbezaan pendapat, beliau juga membimbing kami dari sudut perkahwinan dan Islam," tambah beliau lagi.
Bimbingan sebegitu kata Encik Radzi, membantu mereka memahami tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri serta menyesuaikan diri dengan konteks kehidupan Muslim di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.