61 penumpang terjejas akibat 'masalah teknikal' Singapore Flyer
Kesemua 61 penumpang yang berada dalam Singapore Flyer keluar dari kapsul dengan selamat selepas ia mengalami "masalah teknikal" pada 9.00 pagi semalam (25 Jan).
SINGAPURA: Kesemua 61 penumpang yang berada dalam Singapore Flyer keluar dari kapsul dengan selamat selepas ia mengalami "masalah teknikal" pada 9.00 pagi semalam (25 Jan).
Dalam kiriman emel kepada Mediacorp, pengarah pemasaran dan penjualan Veronique Ye mengatakan bahawa syarikat itu kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pakar jurutera profesional untuk menyiasat punca masalah teknikal itu.
"Kami sudah memaklumkan para penumpang yang terjejas untuk menghubungi kami atau ejen pelancongan kami sekiranya mereka mempunyai pertanyaan mengenai penerbangan mereka yang dibatalkan," tambah beliau.
Menurut lama Facebook Singapore Flyer, roda raksasa itu dihentikan untuk "menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh" sebelum ia kembali beroperasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.