Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

61 borang pencalonan NMP diterima

Parlimen menerima 61 borang cadangan bagi Anggota Parlimen Dilantik (NMP), kata Pejabat Kerani Parlimen pada Selasa (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
61 borang pencalonan NMP diterima

(Gambar fail: Hani Amin)

Diterbitkan : 24 Nov 2020 10:42PM Dikemas Kini : 24 Nov 2020 10:51PM

SINGAPURA: Parlimen menerima 61 borang cadangan bagi Anggota Parlimen Dilantik (NMP), kata Pejabat Kerani Parlimen pada Selasa (24 Nov).

Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada 48 borang cadangan yang diterima pada 2018 dan 41 borang yang diterima pada 2016. Sebanyak 36 borang dihantar pada 2014.

Anggota kumpulan awam dan tugas dijemput pada 26 Oktober untuk mengemukakan pencalonan mereka bagi pelantikan NMP. Pencalonan ditutup pada 4.30 petang, 23 November.

NMP dilantik Presiden untuk tempoh dua setengah tahun atas saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Jawatankuasa lapan anggota itu dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan terdiri daripada Anggota Parlimen (MP) Encik Chan Chun Sing, Encik Gan Kim Yong, Cik Gan Siow Huang, Cik Indranee Rajah, Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Leon Perera, dan Dr Vivian Balakrishnan.

Sehingga sembilan NMP boleh dilantik di bawah peruntukan perlembagaan yang dibuat pada 1990 untuk memastikan perwakilan pandangan masyarakat yang luas, menurut maklumat di laman Parlimen.

Antara mereka yang tampil untuk dicalonkan adalah usahawan sosial Anthea Ong, yang menyerahkan namanya sendiri untuk penggal kedua.
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan sekumpulan aktivis alam sekitar juga mengemukakan pilihan mereka.

Kesatuan pekerja pada 20 November menghantar nama Encik Abdul Samad Abdul Wahab, naib presiden NTUC, bagi dicalonkan. Encik Samad juga merupakan setiausaha agung Kesatuan Pekerja Tenaga dan Gas (UPAGE).

Dalam catatan Facebook pada 19 November, aktivis alam sekitar mengumumkan saintis penyelidikan Dr Andie Ang sebagai pilihan mereka untuk jawatan NMP. Dr Ang memperoleh 49.7 peratus suara menerusi undian online, mengalahkan dua calon lain. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan