6,000 rumah akan dibina di Pearl's Hill dalam 10 tahun; lebih banyak dirancang untuk kawasan tengah lain, kata URA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat pertama kali dalam tempoh lebih empat dekad, perumahan awam baharu akan dibina di Pearl's Hill dekat Chinatown, dengan 6,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang, dedah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (3 Nov).
Projek yang digelar sebagai "kediaman di lereng bukit dalam pusat bandar", terdiri daripada gabungan flat Bina Ikut Tempahan (BTO), flat sewa, serta rumah privet seperti kondominium dan apartmen servis untuk memenuhi keperluan dan pilihan gaya hidup yang pelbagai, kata URA dalam satu kenyataan media.
Terdapat juga rancangan untuk membina rumah di Turf City Bukit Timah, Mount Pleasant dan bekas tapak padang golf Keppel.
Rancangan untuk membina estet perumahan baharu di kawasan tengah Singapura telah diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada pameran "My City, My Home" yang diadakan di Pusat URA, dan dibangunkan sebagai respons kepada maklum balas daripada rakyat Singapura semasa Semakan Pelan Jangka Panjang URA.
Pihak berkuasa juga sedang mendapatkan maklum balas orang ramai bagi rancangan itu, yang akan dipamerkan di Pusat URA sehingga 2 Feb 2024, tambah kenyataan itu.

PEARL'S HILL
Sebagai salah satu daripada dua bukit yang masih wujud di Singapura, URA berkata Pearl’s Hill akan dibangunkan sebagai kawasan kejiranan inklusif dan berteraskan masyarakat.
Penduduk kejiranan itu boleh menikmati pelbagai kemudahan dalam projek pembangunan yang diusulkan termasuk disepadukan dengan stesen MRT Outram Park serta kawasan sekitar kejiranan tersebut.
Memandangkan lokasi Pearl’s Hill yang dekat dengan Daerah Pusat Perniagaan, Daerah Bersejarah Chinatown dan kejiranan Tiong Bahru serta akses kepada empat laluan MRT, kawasan itu telah diwartakan sebagai daerah kurang guna kereta privet atau car-lite.
Akan ada rangkaian perhubungan di aras jalan dan bertingkat untuk penduduk Pearl’s Hill bagi "pengalaman berjalan kaki dan berbasikal yang menyeronokkan".
Laluan penghubung itu juga akan mempunyai akses mudah ke Taman Bandar Pearl's Hill, pengangkutan utama dan kemudahan, serta pengalaman berjalan kaki ke arah kawasan sekitar bandar seperti Robertson Quay dan Fort Canning Park.
Selain itu, Lembaga Taman Negara akan mempertingkatkan Taman Bandar Pearl's Hill dengan kemudahan taman baharu dan landskap kontemplatif yang menyokong kesejahteraan fizikal dan mental pengguna taman.
TURF CITY BUKIT TIMAH
Bagi rumah yang dibangunkan di Turf City Bukit Timah, URA berkata pihaknya akan "mengambil kira warisan dan ciri kehijauan di tapak berkenaan".
URA sedang mengkaji kemungkinan menyediakan pelbagai pilihan perumahan, termasuk perumahan swasta dan awam, serta kemudahan untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Beberapa bangunan dan struktur bekas padang lumba kuda akan dikekalkan dan digunakan semula untuk mewujudkan pengalaman dan identiti yang unik.
Penduduk juga akan dapat menikmati perjalanan yang mudah dengan akses ke stesen MRT Sixth Avenue sedia ada di Laluan Downtown dan stesen MRT Turf City yang akan datang, di Laluan Rentas Pulau yang dijangka siap menjelang 2032.

Sumber : Today/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.