Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,000 hadiri Rumah Terbuka Balai Bomba SCDF; pertama dalam 2 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rumah Terbuka Balai Bomba yang dianjurkan secara fizikal oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Sabtu (9 April) menyaksikan sekitar 6,000 orang menghadirinya.

Rumah Terbuka itu adalah yang pertama sejak ditiadakan selama dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Jurucakap SCDF memberitahu Mediacorp bahawa "kehadiran luar biasa sekitar 6,000 pengunjung" adalah kira-kira 300 peratus lebih tinggi daripada paras purata.

"Ramai orang sudah mula beratur sebelum program bermula pada pukul 9.00 pagi," menurut SCDF dalam catatan Facebooknya.

"Kami amat berbesar hati dengan sokongan dan kesabaran yang luar biasa daripada orang ramai."

"Kami berterima kasih kepada orang ramai atas kesabaran, minat dan sokongan mereka dan kami tidak sabar untuk menyambut mereka pada hari Sabtu berikutnya bagi Rumah Terbuka ini," kata jurucakap SCDF.

Menurut SCDF, pihaknya mendengar maklum balas orang ramai dan akan menimbangkan saranan-saranan mereka bagi rumah terbuka seterusnya.

Menurut SCDF, balai bomba dibuka untuk lawatan setiap Sabtu - antara 9.00 pagi dengan 9.50 pagi dan dari 10.00 pagi hingga 10.50 pagi - di balai bomba terpilih.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan