Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,000 flat HDB akan dibina di tapak Keppel Club, projek BTO pertama dilancarkan dalam 3 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kira-kira 6,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak Keppel Club, dengan projek pertama Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dijangka dilancarkan dalam masa tiga tahun. 

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (12 Apr). 

Ia sebelum ini diumumkan di Rapat Hari Kebangsaan 2019 bahawa sekitar 9,000 rumah baru privet dan awam akan dibina di tapak Keppel Club. 

Berukuran sekitar 48 hektar, atau kira-kira saiz 86 padang bola sepak, kawasan itu akan dibangunkan semula untuk dijadikan tempat kediaman apabila tempoh pajakan kelab golf itu "tamat tempoh", menurut Menteri Pembangunan Negara itu. 

"Dengan lokasinya berdekatan pantai dan juga ruang-ruang menghijau, tapak Keppel Club itu akan menawarkan gaya hidup di pesisiran yang unik, sekali gus dekat dengan alam sekitar," tambah Encik Lee. 

Tempoh pajakan Keppel Club tamat pada 31 Disember 2021, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) semasa menjawab pertanyaan. 

Untuk memudahkan peralihannya ke padang golf awam Sime itu, Keppel diberikan tempoh lagi enam bulan bagi padang gold sedia ada di Bukit Chermin Road, iaitu sehingga 30 Jun dan pelanjutan 9.5 bulan bagi rumah-rumah kelab sedia ada dan akses sehingga 14 Oktober. 

"Selain itu, pelanjutan lagi 5.5 bulan sehingga 31 Mac 2023 akan diberikan untuk memudahkan proses pemugaran dan pengembalian semula tapak tersebut oleh  Keppel," menurut SLA dalam satu kenyataan. 

Dengan lokasinya yang pusat dan dua stesen MRT berdekatan, iaitu MRT Labrador Park dan MRT Telok Blangah, kementerian tersebut akan "menyasarkan untuk memastikan jumlah kereta di estet tersebut rendah" dan membolehkan penduduk untuk mudah bergerak dengan berjalan kaki atau berbasikal. 

"Estet perumahan ini akan mempunyai taman-taman baru dan ruang terbuka yang akan menonjolkan laluan berjalan kaki, yang menghubungkan penduduk dengan stesen-stesen MRT. Ini akan menyediakan penduduk dengan akses yang mudah kepada rangkaian pengangkutan dan juga kemudahan baru sosial dan komersil," menurut Encik Lee. 

Pembangunan perumahan itu juga akan menawarkan "suasana menghijau di bangunan tinggi" dan "teres-teres yang dilengkapi landskap" untuk membolehkan penduduk "tinggal dalam persekitaran yang mesra alam", tambahnya lagi. 

"Memandangkan tapak itu agak dekat dengan pusat bandar, ini akan memastikan rumah-rumah penduduk lebih dekat dengan tempat kerja mereka. Ini sebahagian daripada usaha kami untuk beralih kepada lebih banyak pilihan perumahan dan pembangunan pelbagai guna di daerah pusat bandar." 

Pemerintah juga merancang untuk mengubah bangunan-bangunan Pasir Panjang Power Station yang berdekatan untuk menjadi "daerah pelbagai guna yang tersendiri dan bertenaga, dengan ciri di pesisiran dan warisan industri yang unik," menurut Encik Lee. 

HDB menyatakan ia menyedari perlunya untuk bersikap "sensitif" terhadap alam sekitar dan bangunan-bangunan berdekatan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan