6,000 flat BTO akan dibina di Mount Pleasant; projek pertama akan dilancar pada Okt
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 6,000 flat baharu akan dibina di estet Mount Pleasant, meliputi empat projek.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding 5,000 flat yang diumumkan sebelum ini.
Projek pertama daripada projek-projek flat BTO di estet itu, iaitu Mount Pleasant Crest, akan dilancarkan untuk penjualan pada Oktober ini.
HDB juga menyatakan, flat-flat ini akan memberi pilihan kepada para pembeli untuk memilih ruang konsep terbuka yang tidak ada tembok-tembok penyekat.
Ini merupakan projek BTO kedua yang menawarkan pilihan sebegini, dengan yang pertama ditawarkan ialah Crawfurd Heights bagi estet Kallang-Whampoa tahun lalu.
Mount Pleasant Crest akan mempunyai lebih 1,600 flat, iaitu meliputi 1,350 flat Flexi dua bilik hingga empat bilik, selain 270 flat sewa awam.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.