Skip to main content

Singapura

"60 Years In 60 Seconds" terbitan CNA ajak rakyat SG menyusur detik bersejarah negara

Tahun ini, Singapura akan meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun. Di tengah-tengah kesibukan aktiviti, promosi dan acara bagi menyambut SG60, Mediacorp mengajak anda menyusuri sejarah dan pencapaian Singapura.
 

Anggaran Waktu Membaca:
"60 Years In 60 Seconds" terbitan CNA ajak rakyat SG menyusur detik bersejarah negara

(Dari kiri ke kanan: Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew, pelancaran khidmat MRT di SG dan Taman di Pesisiran. (Gambar fail: Mediacorp)

SINGAPURA: Tahun ini, Singapura akan meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun. Di tengah-tengah kesibukan aktiviti, promosi dan acara bagi menyambut SG60, Mediacorp mengajak anda menyusuri sejarah dan pencapaian Singapura.

Diberi nama "60 years in 60 seconds", Mediacorp mengajak anda melalui enam dekad rakaman, dan telah mengumpulkan sebanyak 60 klip selama 60 saat setiap satu yang akan merumuskan setiap tahun dalam sejarah Singapura sejak mencapai kemerdekaan.

Ia bermula dengan tahun 1965, tahun Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan penduduk kira-kira seramai 1.9 juta orang. Ia adalah tahun rakyat Singapura menyaksikan mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew menangis di kaca televisyen, bercakap terus terang semasa sidang media mengenai "detik kesedihan" beliau berhubung perpisahan itu.

Dan kemudian pada 1966 adalah tahun Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura yang pertama, dan apabila kad pengenalan NRIC dan pasport pertama dikeluarkan. Tahun selepas itu menyaksikan satu lagi pencapaian yang bermakna, dengan 900 anak lelaki warga Singapura mendaftarkan diri untuk Perkhidmatan Negara (NS) yang pertama. Wang kertas Singapura yang pertama dikeluarkan pada tahun ini juga.

Banyak fakta yang menyeronokkan merangkumi keseluruhan siri klip berdurasi seminit, yang dihasilkan oleh pasukan hal ehwal semasa CNA.

Setiap klip dalam siri SG60 dihasilkan berdasarkan soalan mudah: Apakah keadaan Singapura pada tahun itu? Anda akan memahaminya apabila anda menyusuri setiap tahun, dengan acara penting dan peristiwa penting menyumbang kepada pembangunan negara ini. Ia termasuk pelancaran sistem MRT, televisyen berwarna, pembayaran tanpa tunai dan tahun Singapura menyerahkan kunci flat HDB yang ke sejuta.

Senarai video sebanyak 60 klip itu disediakan di TikTok dan YouTube, dan anda juga boleh menonton koleksi video di platform tersebut dan di Instagram melalui #SG60CNA. Kongsi kenangan peribadi anda di akaun sosial anda dengan tanda pagar #SG60CNA.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita