Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60 Tahun APAD: Pameran mengenai para pelukis generasi awal mungkin dianjur

Persatuan pelukis Melayu tempatan - Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) - yang meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun ini, sedang menimbangkan kemungkinan mengadakan satu pameran mengenai para pelukis dari generasi awal.

Anggaran Waktu Membaca:
60 Tahun APAD: Pameran mengenai para pelukis generasi awal mungkin dianjur

(Gambar: Facebook/APAD)

SINGAPURA: Persatuan pelukis Melayu tempatan - Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) - yang meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun ini, sedang menimbangkan kemungkinan mengadakan satu pameran mengenai para pelukis dari generasi awal.

Demikian menurut Presiden APAD, Cik Fajrina Razak ketika ditanya BERITAmediacorp tentang perancangan persatuan itu sempena 60 kewujudannya.

APAD buat masa ini sedang menganjurkan pameran seninya yang pertama bagi tahun ini, dinamakan 'Bridging Though the Age' atau Membina Jambatan Usia.

Namun menurut Cik Fajrina, badan itu mungkin mengadakan pameran-pameran lain tahun ini.

"Mungkin kami akan mempamerkan pelukis dari generasi yang awal dan gabungkan generasi yang lain-lain juga. Masih dalam perancangan.

"Kalau dibandingkan lukisan pada generasi sebelum ini ada kelainannya, berbanding dengan lukisan zaman kontemporari ini. Jadi satu isunya ialah bagaimana generasi pelukis ini dapat menghargai satu sama lain," kata beliau.

'Bridging Though the Age' yang berkonsepkan seni kolaboratif, berlangsung di Maya Gallery dan ia juga diadakan sempena Minggu Seni Singapura (SAW) 2022.

Kesemuanya 18 seniman dipasangkan untuk menghasilkan 9 karya kolaboratif yang - menerusi seni - mengupas isu "jurang usia" dan semangat mahu merapatkan "jurang generasi".

APAD menyatakan, kini adalah masa terbaik untuk saling mendekati dan membentuk masa depan kita bersama menerusi "perpaduan sosial".

Antara seniman yang dipasangkan itu termasuklah dua pelukis berbeza generasi - Muhd Masyfu' Muhd Noor, 35 tahun dan Rofizano Zaino, 50 tahun.

Karya yang mereka hasilkan memaparkan lukisan penari yang memperagakan lenggok dan gaya yang sama, namun menerusi dua perspektif berbeza.

Dari satu sudut, lukisan abstraknya begitu menonjol. Tapi kalau dipandang di sudut lain, gerak-geri tarian dapat difahami menerusi bentuk figuratif.

"Bila kita membuat karya ini, kita bayangkan kita sedang menari dengan karya kita sendiri. Melalui warna yang kita gunakan dan posisi lenggok tangan dan kaki yang kita pamerkan.

"Kita berdua ada pemikiran yang berbeza tetapi kita pada masa yang sama, para pengunjung menari bersama menerusi karya ini, mempelajari prosesnya dan bagaimana kita melakukannya," kongsi Encik Muhd Masyfu'.

Turut mengulas konsep kolabirasi itu ialah pelukis bernama Ramli Nawee.

Menurut beliau: "Salah satu cabaran yang kita hadapi adalah bagaimana kita boleh berkrompromsi dengan konsep ideologi masing-masing. Jadi bagaimana kami berkolaborasi ialah kita bertolak ansur dan mendapatkan satu objektif di mana apa yang kita ingin capaikan ialah kita ingin memberikan dorongan kepada orang muda akan datang."

Sempena pameran seni itu, APAD turut mengadakan dua perbincangan meja bundar, pada 16 dan 17 Jan. Lapan seniman menyertainya pada setiap sesi.

Berikut adalah para pelukis dan seniman yang dipasangkan untuk mempamerkan sebuah karya setiap satu:

Abu Jalal Sarimon + Nafsiah Mohamad
Nhawfal Juma’at + Ezzam Rahman
Fajrina Razak + Sujak Rahman
Fazelah Abas + Jeffrey Wandly
Dino Hafian + Masturah Sha’ari
Muddmitaq + Rofi
Ramli Nawee + Noor Rahman Saini
Maisarah Kamal + Noor Ezan Khatib
Nur Fazera Makrof + Salleh Japar

Pameran 'Bridging Through the Age' itu akan berlangsung sehingga 23 Januari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan